MAURICIO TERUJA MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMA DI PERINGKAT ASIA
Hampir empat jam lagi pertembungan yang membawa sejarah bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan amnya sejarah Malaysia di mana JDT akan menjadi pasukan pertama Malaysia beraksi di ACL melawan Kashima Antlers pada pukul 6 petang ini.
Sekurang-kurangnya JDT diharapkan dapat mengikat lawan dengan seri kerana bermain di tempat lawan dengan gergasi bola sepak Asia yang juga penyandang juara Liga Juara-Juara AFC (ACL), Kashima Antlers.
Bagi pemain pertahanan import JDT, Mauricio Santos yang berasal dari Brazil, mengharap dirinya dapat beraksi sebaik mungkin dalam saingan sulong JDT di ACL 2019.
Pengalaman bermain bersama kelab dari Portugal, Sporting Lisbon, dalam saingan UEFA Champions League diharapkan dapat digunakan oleh Mauricio dalam perlawanan yang kita nanti-nantikan itu.
Mauricio Santos adalah antara empat pemain import JDT yang telah disenaraikan dalam saingan berprestij tinggi ini. Tiga pemain import lain adalah Hariss Harun, Leandro Velazquez dan Diogo Santo.
Mauricio mahu penampilan musim pertama JDT membuahkan impak pada pasukan dengan mendapat keputusan yang baik.
“Saya tertunggu-tunggu untuk membuat penampilan sulong (debut) di peringkat Asia. Kami merasa teruja mempamerkan kemampuan kami.
“Kami telah lakukan dengan baik dalam Liga Super dan berharap dapat meneruskan momentum itu hingga ke ACL.” kata Mauricio
Menyentuh tentang diri beliau yang dikeluar pada minit ke-74 separuh masa kedua, beliau berkata ia tiada masalah lagi kerana ketika itu hany mengalami sedikit sahaja kecederaan.
“Tiada apa berlaku pada saya dan masih boleh bermain . Cuma saya rasa tidak berapa selesa dan ia tidak serious.” tambah Mauricio Santos yang pernah bermain untuk Legia Warsaw and Spartak Moscow.
Kashima Antlers menduduki tangga ke 14 dalam saingan J-1 League selepas 2 perlawanan. Pada musim lepas, Kashima terpaksa mengharungi playoff ACL 2018 kerana menduduki tangga ke-3 J-League di belakang Kawasaki Frontale dan Sanfreece Hiroshima.
6.00 petang : Kashima Antlers vs JDT
Kredit foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan