MAMPUKAH JDT KEKAL DI ATAS ATAU DIPINTAS SEMULA OLEH KEDAH ?



MAMPUKAH JDT KEKAL DI ATAS ATAU DIPINTAS SEMULA OLEH KEDAH ?

Mampukah JDT Kekal Di Atas Atau Dipintas Semula Oleh Kedah ?

Liga Malaysia 2019 sedang berjlan rancak sekrang ini walaupun baru berusia minggu kelima perlawanan. Selepas berlangsungnya 2 perlawanan malam semalam yang menyaksikan JDT kembali berada di atas xarta liga setelah menewaskan Selangor di Stadium Shah Alam 4-2.
Di Kuala Terengganu pula TFC terpaksa berpuas hati seri 1-1 dengan Perak 1-1. 
Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengutip lagi 3 mata penuh di Shah Alam menjadikan saingan merebut takhta liga lebih hangat. Kemenangan terbut membolehkan JDT mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan Liga Super 2019.

Malam ini 3 lagi perlawanan yang akan menghangatkan lagi persaingan iaitu :
Felda United vs Petaling Jaya FC
Kedah vs PKNS FC
PKNP FC vs Pahang

Perlawanan Kedah menentang PKNS FC adalah antara perlawanan yang paling menarik untuk ditonton kerana keputusan perlawanan itu akan mempengaruhi kedudukan carta Liga Super 2019.
Kedah berpeluang kembali berada di atas liga hanya sekiranya mereka menang mengalahkan PKNS FC. Keputusan sama ada seri mahu pun tewas akan menyaksikan JDT kekal di atas takhta liga. 
Kedah sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang beraksi di laman sendiri dan Stadium Darul Aman dijangka penuh sesak malam ini.
Bagi dua perlawanan lain malam ini, keputusannya tidak akan menjejaskan kedudukan 2 tempat teratas liga.
Kredit Foto : Kedah FA

Ulasan