Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu Gyeongnam FC malam ini pukul 8.45 di Stadium Larkin.
Berbagai kemungkinan kita boleh andaikan keputusan perlawanan itu nanti. Selagi perlawanan belum bermula dan berakhir, selagi itu kita tidak boleh mengatakan JDT tewas.
JDT mampu naik ke tangga kedua Kumpulan E Liga Juara-Juara AFC (ACL) tetapi dengan syarat menewaskan Gyeongnam FC dengan apa jaringan sekali pun. Walaupun amat sukar namun ianya tidak mustahil lebih-lebih lagi bermain di laman sendiri.
Keputusan seri atau kalah akan mengakibatkan JDT kekal ditangga terbawah kumpulan. Kelebihan bermain tempat sendiri dan di hadapan penyokong sendiri perlu digunakan dan dimanfaatkan oleh JDT. Hanya bermain di laman sendiri sahaja yang menampakkan peluang JDT untuk memperoleh keputusan positif.
Sebentar tadi, dalam perlawanan lain Kumpulan E, Shandong Luneng seri 2-2 dengan Kashima Antlers. Ini membolehkan Kashima Antlers (4 mata) kekal di tangga teratas diikuti oleh Shandong Luneng (2), Gyeongnam (1) dan JDT (0).
Malam ini pula JDT akan menyambut kedatangan Gyeongnam. Menariknya berkaitan kedua-dua pasukan itu adalah tahun ini (2019) adalah merupakan tahun pertama penampilan bagi JDT dan Gyeongnam FC dalam saingan ACL peringkat kumpulan.
Johan dan naib johan setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan seterusnya pusingan 16.
Mampukah kehadiran Ronaldo, lagenda Brazil di Stdium Larkin malam ini menaikkan semangat juang JDT memenangi perawanan itu nanti ?
Ulasan
Catat Ulasan