Maju lagi selangkah, JDT dan Juventus sedia bekerjasama


Maju lagi selangkah, JDT dan Juventus sedia bekerjasama


Juara lima kali Liga Super Malaysia berturut-turut, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bahawa gergasi bola sepak Itali, Juventus sedia mengikat kerjasama bersama Harimau Selatan.
Perkembangan tersebut telah diberitakan menerusi posting JOHOR Souther Tigers, sebentar sahaja tadi. Menurut posting tersebut, JDT yang diwakili oleh pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah bertemu dengan pengerusi Juventus FC, Andrea Agnelli di Royal Park I Roveri.
“JDT dan Juventus telah bersetuju untuk bekerjasama dan Harimau Selatan akan menghantar satu delegasi ke Turin beberapa minggu akan datang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi yang akan dijalinkan.
“Agnelli menjemput baginda untuk santapan tengah hari, di mana kedua-dua individu penting dalam membuat keputusan pasukan tersebut berbincang mengenai cara bagaimana kedua-dua kelab boleh menjalinkan kerjasama.
“JDT cukup berminat untuk memperluaskan wawasan mereka ke Itali serta mendapatkan pandangan bernilai dari kelab paling berjaya di Itali. Juventus telah memenangi 34 kejuaraan Serie A.” tulis laman facebook JOHOR Southern Tigers.
Foto Kredit: JOHOR Southern Tigers

Ulasan