LEANDRO VELAZQUEZ ANTARA 10 PEMAIN BAHARU YANG AKAN BERI IMPAK ACL 2019 – AFC


LEANDRO VELAZQUEZ ANTARA 10 PEMAIN BAHARU YANG AKAN BERI IMPAK ACL 2019 – AFC

Leandro Velazquez Antara 10 Pemain Baharu Yang Akan Beri Impak ACL 2019 รข€“ AFC

Kemasukan semula Leandro Velazquez ke pasukan Johor Darul Ta’zim telah menjadi bahan bual netizen di awal musim 2019 ini. Beliau masuk menggantikan Aaron Niguez yang telah dilepaskan oleh pengurusan JDT beberapa hati sebelum tamat tarikh pendaftaran pemain Liga Malaysia 2019.
Selain dari menjadi perhatian dalam Liga Malaysia, beliau juga turut mendapat perhatian bola sepak Asia apabila pihak AFC sendiri mengumumkan dalam akaun twitter dan facebook AFC. 
Beliau terkenal sejak menjaringkan gol tunggal perlawanan final Piala AFC 2015 melawan kelab dari Tajikistan, FC Istiklol. Jaringan 1-0 tersebut telah menjulang JDT sebagai juara Piala AFC 2015. 
Kepulangan Leandro Velezquez itu turut dicalonkan dan disenaraikan oleh AFC antara 10 perpindahan pemain yang akan memberi impak kepada pasukan baharu mereka.
Selain dari Leandro, AFC turut menyenaraikan 9 pemain lain yang kesemuanya akan beraksi dalam ACL 2019. Mereka ialah (mengkikut rangking undian semasa) Luong Xuan Truong, Mehdi Torabi, Sebastian Giovinco, Reza Goochennejhad, Mehdi Benatia, Marouane Fellaini, Shoya Nakajima, Leandro Damiou dan Arslanmyrat Amanov.

Leandro juga dianggap oleh AFC sebagai lagenda JDT yang telah menjaringkan gol paling terkenal dalam sejarah JDT.
Selepas berhijrah dari JDT, Leandro, pemain tengah menyerang menghabiskan masa 3 tahun bermain bersama kelab dari Amerika Selatan dan Mexico.
Leandro Velazquez, 29 tahun, kembali ke JDT sebagai persediaan JDT mengharungi Liga Juara-Juara AFC 2019 yang akan bermula dengan perlawanan menentang Kashima Antlers pada 05 Mac ini di Stadium Kashima.
Leandro sempat dan telah bermain sebanyak dua kali sejak berpindah masuk JDT. Perlawanan menentang Selangor merupakan perlawanan kedua beliau.
Dalam perlawanan menentang Selangor, Leandro telah dianggap wira JDT setelah menjaringkan 2 gol untuk JDT dan seterusnya membantu kemenangan JDT 4-2 terhadap Selangor.
Dengan penampilan 2 perlawanan, Leandro sudah mencetak 2 gol untuk JDT.

Ulasan