KINI JDT II PULA DI PERSADA LIGA PERDANA

KINI JDT II PULA DI PERSADA LIGA PERDANA

Kini JDT II Pula Di Persada Liga Perdana

Tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) atas kejayaan menewaskan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Perdana 2019 sebentar tadi. Dengan kemenangan itu, JDT II kekal dan terus mengungguli carta Liga Perdana sehingga 4 perlawanan (setelah Perlis tidak dibenarkan).
JDT II menempa sejarah tersendiri apabila merekodkan kemenangan bersih empat perlawanan berturut-turut. Buat pertama kalinya JDT II beraksi empat perlawanan awal dengan kemenangan sejak 2013. Ia suatu pencapaian yang amat memberangsangkan.
Dengan kemenangan itu juga JDT II berjaya mengutip 12 mata penuh dan seterusnya berada di atas takhta Liga Perdana walaupun kekurangan 1 perlawanan dibandingkan dengan beberapa pasukan. Menduduki tangga kedua ialah Sabah dan Selangor United yang masing-masing mengutip 10 mata hasil daripada 5 perlawanan.

Info Grafik : BBST15

Sebentar tadi, JDT II menundukkan pasukan Kelantan 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Gol-gol JDT II dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-40 dan Khairullah Abdul Halim pada minit ke-58.
Apa yang menariknya malam tadi di Stadium Perbandaran Pasir Gudang ialah kehadiran penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Seramai 4,220 penonton hadir dan ia merupakan rekod bagi musim ini. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat para pemain JDT II bermain malam tadi.
Barisan kesebelasan JDT II :
Samuel Somerville, Che Rashid Che Halim, Bruno Soares, Adib Zainudin, Amirulhadi Zainal, Lucas Elias Ontivero , Rozaimi Abdul Rahman, Darren Lok, Fazly Mazlan, Shakir Shaari (C), Khairullah Halim
Pemain Simpanan :
Ernest Wong Wen Hao, Saarvindran Devandran, Muhammad Nurfikry Razali, Kumaahran Sathasivam, Yogaraj Murugan, Hariz Kamarudin, Fahmi Faizal
Ada satu lagi baki perlawanan minggu kelima ini iaitu perlawanan antara Selangor United menentang Negeri Sembilan yang akan diadakan hari ini, 03 Mac 2019. Sekiranya Selangor United menang maka mereka akan memintas JDT II dengan kelebihan 1 perlawanan.
Perlawanan berikutnya bagi JDT II adalah menentang Terengganu FC II (TFC II) di Kuala Terengganu pada 10 Mac ini.
Foto Kredit : The Photoshooterz

Ulasan