KEPDA Mahu Jurulatih JDT Turunkan Akhyar Rashid Malam Ini



Pertembungan liga super di antara pasukan Kedah menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman malam ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan selepas pelbagai kontroversi melanda dua pasukan tersebut yang melibatkan isu perpindahan Akhyar Rashid.
Bagaimanapun, Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah berkata dalam Berita Harianmemohon jurulatih skuad Harimau Selatan agar menurunkan bekas pemain kesayangan mereka itu kerana para penyokong mahu melihat sendiri aksi pemain yang berharga RM12 juta itu.
“Akhyar kena terima gelagat penyokong dan itu realiti sebagai pemain bola sepak profesional, jangan tak turun pula. Sebelum ini, pemain macam Akhyar memang kita bagi keistimewaan, tapi sekarang dia adalah lawan bila di atas padang.

“Kita minta jurulatih JDT turunkan Akhyar. Kalau kata pemain bernilai RM12 juta, kita nak tengoklah kemahiran pemain RM12 juta bertemu dengan anak kampung.
“Kita menanti (Akhyar) yang dulu asalnya dari budak kampung dan sekarang dikatakan pemain bernilai RM12 juta. Mampukah dia gegar Darul Aman atau Darul Aman yang gegar dia balik,” kata Asmadi.

Bulan lalu, Pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikatakan mahu membawa kes berkenaan perpindahan Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan atau CAS. 3 pihak akan didakwa oleh pihak KFA iaitu pasukan JDT, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Akhyar itu sendiri.
FOTO: Johor Southern Tigers
Mengulas mengenai perlawanan malam ini, Asmadi juga berharap  berharap pengadil yang dipilih nanti mampu menjalankan tugas dengan baik untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Selain daripada kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan tinggi, tidak keterlaluan untuk kami sebagai penyokong meminta individu berbaju hitam (pengadil) di tengah padang memainkan peranan dengan baik dan penuh wibawa.
“Jangan turunkan pengadil kurang berwibawa, sebab kita takut stadium yang penuh jadi benda lain yang tak diingini. Itu perkara penting kita minta FAM dan MFL teliti,” katanya.

Ulasan