Langkau ke kandungan utama

KALAHKAN JDT BUKAN MUSTAHIL – KHAIRULAZHAN


KALAHKAN JDT BUKAN MUSTAHIL – KHAIRULAZHAN


Kalahkan JDT Bukan Mustahil รข€“ Khairulazhan

Selangor belum pernah menang dalam empat perlawanan pertama Liga Super setakat ini, namun Red Giants tetap menyambut kedatangan juara lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, Jumaat ini dengan keyakinan tinggi.
Berbekalkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, anak-anak buah B. Sathianathan akan mengeluarkan segala yang terbaik untuk memberi kekalahan pertama kepada Harimau Selatan dan mengembalikan keyakinan dengan meraih kemenangan sulung.
Peningkatan prestasi yang ditunjukkan ketika Pahang 1-1 di Darul Makmur, minggu lalu membuktikan, Selangor sudah bersedia untuk memberikan tentangan terbaik kepada JDT, sekali gus menjanjikan aksi menarik.
“Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang JDT tetapi sudah tentu fokus kami adalah cuba memenangi setiap perlawanan,” kata penjaga gol utama Selangor, Khairulazhan Khalid.
Selepas menghadapi empat perlawanan liga, Selangor masih belum mampu melakar sebarang kemenangan, malah turut dimalukan pasukan ‘adik’, PKNS FC 4-0, dua minggu lalu di Shah Alam.
Red Giants kini menduduki tangga kesembilan dengan mengumpul tiga mata hasil tiga seri dan satu kalah.

Bagaimanapun kemasukan tiga senjata baharu, Sandro Da Silva, Khyril Muhymeen dan Fandi Othman yang menyertai Selangor dalam jendela perpindahan bulan lalu dijangka mampu membawa perubahan besar.
Musim lalu, Selangor sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelapan liga tanpa meraih sebarang trofi yang dipertandingkan dalam saingan Liga Malaysia.xx
Sumber : Utusan Malaysia || Foto : The Photoshooterz

Ulasan