JDT TERLALU GAGAH BUAT PKNP DI SEPARUH MASA PERTAMA
Pasukan PKNP FC turun ke Larkin dengan harapan tidak dibolosi banyak gol malam ini. Sememangnya agak sukar untuk pasukan pelawat terutamanya PKNP.
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) banyak mengawal permainan sejak awal permainan, namun masih belum berhasil membuat percubaan tepat sehingalah di minit ke 25, Leandro Velazquez berjaya membuat percubaan namun ianya tersasar.
Separuh masa pertama JDT tiada masalah mendahului 3-0 hasil daripada jaringan Leandro Velazquez, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera.
Gol pertama JDT dijaringkan oleh Leandro selepas merembat kencang bola yang muntah dari penjaga gol PKNP.
Pada minit ke 35 pula Diogo telah dijatuhkan dari belakang oleh pertahanan PKNP dalam kotak penalti selepas Diogo berjaya memperdayakan 2 pertahanan PKNP. Diogo Santo sendiri yang mengambil sepakan tersebut dan tanpa mensia-siakan peluang itu terus menjaringkan gol kedua JDT malam ini.
Diogo sekali lagi dijatuhkan pada minit ke 40 dalam kotak penalti menghasilkan penalti kedua JDT malam ini. Giliran Gonzalo Cabrera pula kali ini menjaringkan gol ketiga JDT di separuh masa pertama.
Malam ini memperlhatkan penampilan pertama musim ini bagi Nazmi Faiz Mansor dan Akhyar Rashid setelah diturunkan dalam kesebelasan utama JDT .
Ulasan
Catat Ulasan