JDT KEKAL DI PERSADA LIGA
Tamat perlawanan tumpuan terutama bagi penyokong JDT iaitu antara pasukan Kedah dan PKNS FC sebentar tadi yang agak dramatik.
Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 tanpa jaringan. Kedah agak tertekan dan mahukan kemenangan pada malam ini tadi. Namun serangan demi serangan Kedah tidak berhasil.
Mereka tahu bahawa mereka tidak boleh kalah atau seri sebab sekiranya seri, mereka akan ketinggalan 2 mata di belakang JDT. Dengan keputusan tersebut, Kedah hanya berjaya mengutip 1 mata dan ini bermakna Kedah turun ke tangga ke-3, 2 mata di belakang JDT.
Penyokong JDT sudah tentu gembira dengan keputusan tersebut, namun perjalanan masih jauh lagi berbaki 17 perlawanan lagi dan berbagai kemungkinan boleh berlaku. JDT seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang malah mengekalkan momentum seterusnya.
Malang bagi Kedah apabila seorang pemain pertahanan mereka, Renan Alves dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-87.
Manakala Pahang naik ke tangga ke-2 liga apabila bearjaya menewaskan PKNP FC 3-0 di Stadium Perbandaran Manjung, Perak. Pahang dan Kedah berkongsi 11 mata dipisahkan oleh beza jaringan.
Foto Kredit : PKNS FC
Ulasan
Catat Ulasan