JDT II MENANG KERANA SEMANGAT JUANG YANG TINGGI – BOBAN
Kejayaan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengalahkan pasukan Kelantan semalam melakar sejarah baharu bagi mereka.
Dalam perlawanan keempat Liga Premier 2019 itu, JDT II berjaya menundukkan pasukan Kelantan dengan jaringan 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Gol-gol JDT II dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman diminit ke-40 dan Khairullah Halim pada minit ke 58 perlawanan.
Kejayaan tersebut kejayaan keempat berturut-turut JDT II dan sererusnya mengutip mata penuh 100 peratus iaitu 12 mata. Walaupun JDT kekurangan 1 perlawanan berbanding Sabah dan Selangor United yang telah bermain 5 perlawanan, namun JDT II masih berada di atas liga dengan kelebihan 2 mata.
Ervin Boban, pengendali JDT II akui kemenangan terhadap Kelantan adalah hasil kerja keras setiap pemain yang diturunkan dalam perlawanan itu.
Semangat pemain beliau tidak luntur walaupun turun tanpa dua tonggak utama mereka iaitu Nicolas Fernandes dan Mohamed Ghaddar yang direhatkan kerana kecederaan.
Menurut Ervin melalui laporan dari Berita Harian, mereka mempunyai keazaman untuk menang dan ia nyata berhasil.
“Apa yang saya rancangkan terutama aspek taktikal, semuanya bergantung kepada pemain yang diturunkan pada perlawanan itu dan anda lihat sendiri mereka ada keazaman untuk menang maka apa yang mereka hajati membuahkan hasil.
“Saya pernah katakan, setiap perlawanan yang kami harungi sememangnya sukar dan tidak dinafikan aksi menentang Kelantan malam ini (malam tadi) adalah perlawanan terbaik yang dipamerkan selepas tiga aksi yang kami tempuh.
“Kami ubah taktikal dengan memberi lebih penekanan di posisi sayap kiri dan kanan kerana di posisi tengah kelibat Nik Akif (Syahiran Nik Mat) dan pemain nombor 7 (Flavio Junior) kerap mendominasi posisi itu, tetapi karektor pemain saya yang saling percaya antara satu sama lain bekerjasama di dalam padang membolehkan kita meraih tiga mata,” kata Ervin Boban melalui Berita Harian.
Ervin Boban turut menyatakan kekecewaannya atas kecederaan yang dialami oleh Nicolas dan Ghaddar berpunca dari perlawanan menentang Perlis yang kemudiannya dibatalkan penyertaannya dalam Liga Premier. Akibat dari kecederaan itu mereka berdua terpaksa direhatkan dalam dua perlawanan menentang UiTM FC dan Kelantan.
Kedudukan dua pemain tersebut juga diragui dapat diturunkan dalam perlawanan berikut JDT II iaitu menentang TFC II Ahad ini di Kuala Terengganu.
Kredit Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan