JDT II KEKAL REKOD TANPA KALAH, KEKAL DI ATAS TANGGA LIGA PERDANA

JDT II KEKAL REKOD TANPA KALAH, KEKAL DI ATAS TANGGA LIGA PERDANA

JDT II Kekal Rekod Tanpa Kalah, Kekal Di Atas Tangga Liga Perdana

ohor Darul Ta’zim (JDT) II, pendahulu Liga Perdana kekal memimpin carta liga. JDT II seri 0-0 dengan Terengganu FC (TFC) II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi Liga Perdana. 
Perlawanan tersebut adalah perlawanan kelima JDT II selepas ditolak perlawanan menentang Perlis.
Walaupun JDT II hanya berjaya membawa pulang 1 mata sahaja, namun gagal dipintas oleh pasukan lain. JDT II juga turut mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.
Sebaik perlawanan bermula skuad tuan rumah terlebih dahulu mengasak kubu pelawat dan seharusnya mampu mendapat jaringan pertama melalui tandukan Ramzi Sufian namun sedikit tersasar melepasi palang gol ketika aksi baharu memasuki 45 saat.
Selepas percubaan pertama itu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan sekali lagi percubaan Ramzi pada minit kelapan hanya sedikit melepasi tiang gol pelawat.
Menurut Berita Harian, Bruno Soares mendapat peluang pertama JDT II hasil dari tandukan namun sedikit tersasar melepasi palang gol.
Rozaimi Abd Rahman turut mendapat peluang yang terhidang diminit ke-14, namun gagal disudahkan dengan jaringan. Rozaimi hanya berdepan dengan penjaga gol TFC II, Mohd Sharmiza Yusof sahaja ketika itu.
Lucas Elias, pemain JDT II turut mempunyai peluang pada minit ke 25 dalam kotak penalti namun terkena tiang walaupun penjaga gol TFC II sudah tertewas.
Bekas pemain pertahanan JDT, Fazly Mazlan juga berpeluang menjaringkan gol tetapi rembatan beliau tersasar.
JDT II hanya menurunkan dua pemain import sahaja iaitu Bruno Soares dan Lucas Elias Ontivero. Ghaddar dan Nicolas Fernandez tidak langsung disenaraikan malam tadi.
Kesebelasan utama JDT II : Haziq Nadzli, Che Rashid Che Halim, Bruno Soares, Adib Zainudin, Lucas Elias Ontivero , Rozaimi Abdul Rahman, Darren Lok, Fazly Mazlan, Shakir Shaari (C), Khairullah Halim, Hasbullah Abu Bakar

Ulasan