JDT DI PERSADA LIGA – PINTAS PAHANG



JDT DI PERSADA LIGA – PINTAS PAHANG

JDT Di Persada Liga – Pintas Pahang

Satu keputusan yang sudah dijangkakan Johor Darul Ta’zim mudah menguasai permainan dan seterusnya berjaya menundukkan pasukan PKNP FC 3-0 dengan mudah malam ini di Stadium Larkin. Dengan kedudukan ini, JDT berjaya memintas Pahang untuk berada di tangga teratas Liga Super Malaysia 2019.
JDT berjaya mengutip 3 lagi mata penuh malam ini membolehkan mereka mengutip 16 mata. Pahang berada 2 mata di belakang JDT selepas 6 perlawanan Liga Super 2019 diikuti pula dengan Kedah yang mengutip 11 mata.
Pasukan PKNP FC turun ke Larkin dengan harapan tidak dibolosi banyak gol malam ini. Sememangnya agak sukar untuk pasukan pelawat terutamanya PKNP.
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) banyak mengawal permainan sejak awal permainan, namun masih belum berhasil membuat percubaan bahaya  sehingalah di minit ke 25, Leandro Velazquez berjaya membuat percubaan namun ianya tersasar.
Separuh masa pertama JDT tiada masalah mendahului 3-0 hasil daripada jaringan Leandro Velazquez, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera.
Gol pertama JDT dijaringkan oleh Leandro selepas merembat  kencang bola yang muntah dari penjaga gol PKNP.  
Pada minit ke 35 pula Diogo telah dijatuhkan dari belakang oleh pertahanan PKNP dalam kotak penalti selepas Diogo berjaya memperdayakan 2 pertahanan PKNP. Diogo Santo sendiri yang mengambil sepakan tersebut dan tanpa mensia-siakan peluang itu terus menjaringkan gol kedua JDT malam ini.
Diogo sekali lagi dijatuhkan pada minit ke 40 dalam kotak penalti menghasilkan penalti kedua JDT malam ini. Giliran Gonzalo Cabrera pula kali ini menjaringkan gol ketiga JDT di separuh masa pertama.
Keputusan kekal 3-0 sehinggalah ke wisel penamat.
Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan penuh JDT di hadapan 9,830 orang penyokong mereka sendiri  di Stadium Larkin. Beberapa percubaan JDT tidak berjaya menghasilkan gol. Hanya pada minit ke-59 bola ‘chip’ dari Diogo Santo dapat diselamatkan oleh pertahanan PKNP di atas garisan gol, walaupun penjaga gol PKNP sudah tertewas.
Tiga minit kemudiannya, bola lorongan dari Diogo di hadapan pintu gol PKNP gagal disambar oleh Gonzalo Cabrera di hadapan pintu gol.

Apa yang menariknya malam ini memperlhatkan buat pertama kalinya Nazmi Faiz Mansor dan Akhyar Rashid telah diturunkan dalam kesebelasan utama JDT. Sebelum ini mereka hanya meraksi sebagai pemain gentian.
Satu lagi yang menarik ialah penampilan Sulong Syazwan Andik malam  ini. Beliau masuk menggantikan Corbin-Ong di minit ke 83 permainan. Tidak banyak yang dapat disumbangkan oleh Syazwan, namun dalam beberapa minit diberi peluang, beliau Berjaya menjalankan tugas dengan baik.
Perlawanan seterusnya buat JDT adalah menentang Kedah pada 31 Mac nanti selepas Liga Super berhenti rehat selama 2 minggu.
Di peringkat Asia pula, JDT akan menentang pasukan dari Korea Selatan, Gyeongnam FC pada hari Selasa, 12 Mac ini dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 Kumpulan E.

Keputusan 5 perlawanan LS6 – BBST15

Foto Kredit : The Photoshooterz

Ulasan