PEMAIN pertahanan JDT, La'Vere Corbin-Ong (tengah) mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ketika menentang Kashima Antlers dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Kashima, Jepun hari ini. - Gambar Ihsan JOHOR SOUTHERN TIGERS
KUALA LUMPUR 5 Mac - Pendatang baharu Liga Juara-Juara Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi tentangan sengit kepada juara bertahan, Kashima Antlers sebelum tewas 1-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan E di Stadium Kashima, Jepun sebentar tadi.
Selepas membenarkan tuan rumah menguasai permainan babak pertama, Harimau Selatan akhirnya memberi cabaran menuju 15 minit terakhir permainan dengan meledak gol menerusi penyerang baharu, Diogo Luis Santo pada minit ke-80.
Terdahulu, Kashima yang beraksi di depan ribuan penyokong sendiri bermula garang dengan membuka jaringan menerusi Taiki Hirato pada minit ke-43 sebelum penyerang import dari Brazil, Serginho menggandakan kedudukan di minit ke-56.
JDT kini akan menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC dalam aksi kedua di Larkin, Selasa depan manakala Kashima bakal bertandang ke China untuk bertemu Shandong Luneng. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan