“JANGAN TAKUT LAWAN KASHIMA ANTLERS” – LUCIANO

“JANGAN TAKUT LAWAN KASHIMA ANTLERS” – LUCIANO

“Jangan Takut Lawan Kasima Antlers” – Luciano

Petang esok pukul 6 waktu Malaysia, satu catatan sejarah akan tercipta apabila wakil tunggal dari Malaysia akan beraksi dalam saingan kelab peringkat tertinggi Asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bekas juara Piala AFC 2015 akan bertemu Kashima Antlers, penyandang juara ACL 2018. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Kashima itu sudah tentu menjadi satu perlawanan yang dinantu-nantikan.


JDT dan Kashima Antlers diundi dalam Kumpulan E bersama gergasi bola sepak Asia yang lain iaitu Gueongnam FC dan Shandong Luneng. 
Walaupun JDT akan memulakan kempen ACL 2019 buat pertama kali dan boleh dianggap sebagai pasukan ‘under dog’, namun pengendali JDT, Luciano Figueroa tidak mahu penainnya terlalu menghormati pasukan lawan.
Beliau mahu melihat kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi pertama nanti mempamerkan corak permainan konsisten apabila beraksi di pentas saingan kelab-kelab Asia berprestij itu.
JDT sepatutnya memberi sepenuh tumpuan pada perlawanan menentang Kashima Antlers yang berstatus elit dalam kancah bola sepak Asia itu. Sebaliknya mereka patut berasa bangga selepas muncul satu-satunya pasukan di Malaysia yang layak secara merit ke pentas kelab-kelab Asia selepas muncul juara Liga Super musim lalu.
Menurut Luciano Figueroa seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, “Kami sedar saingan ACL adalah pertandingan yang berprestij.
Kami akan turun dengan cuba beraksi dengan permainan yang terbaik dan menurunkan barisan pertahanan mantap kerana kita tahu Khasima Antlers dibarisi pemain berkualiti.
“Tidak dinafikan Kashima Antlers berada di tahap tinggi dan pemain mereka juga berpengalaman di peringkat antarabangsa.
“Oleh itu saya jangkakan ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan harus fokus melebihi 100 peratus,” katanya.
Mauricio Nascimento diharap dapat meningkatkan lagi kualiti permainan dan sentiasa konsisten bagi mengelak pemain lawan mudah menembusi benteng pertahanan JDT.
Diogo Lois Santo diharapkan dapat mengetuai barisan serangan JDT kerana beliau merupakan satu-satunya pemain berpengalaman beraksi di pentas ACL sejak 2015 hingga 2018. Ketika bersama kelab dari Thailand, Buriram United Diogo  turut menjaringkan 13 gol dalam saingan ACL.


Pengalaman Luis Santo bersama Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid diharap akan menyerlah dalam perlawanan itu nanti untuk cuba mengintai peluang menjaringkan gol.
Keputusan seri sudah memadai bagi JDT dan boleh dianggap satu kemenangan buat JDT lebih-lebih lagi bermain di hadapan penyokong lawan.

Ulasan