JANGAN MIMPI, TARING HARIMAU SELATAN TIDAK SESEKALI AKAN HILANG!
Hari pertama bulan tiga dalam cuaca begitu abstrak. Cumulus dan stratus hanya statik tidak berarak. Gumpalan putih dan hitam bentuknya bercorak, entah hujan atau panas tak dapatlah diagak.
Malam itu, di Stadium Shah Alam Harimau Selatan akan beraksi, konsistensi dalam strategi jadi formula ampuh ketika konkurensi, misi tiga mata penuh menjadi tanda aras dalam implementasi, seluruh jiwa akan ditaruh untuk melunaskan aspirasi.
Stadium berkapasiti besar yang dahulunya sering sunyi kurang tetamu, dijanjikan akan meriah apabila tiba masa bersama JDT mereka bertemu.
Jangan malu untuk mengaku, perkara ini bukan cerita baharu. Bahawa benar sememangnya realiti, interpretasi sejak dua ribu tiga belas telah lama terbukti. Kewujudan JDT memberi implikasi positif kepada kantung pasukan Liga tempatan, umpama talian hayat memberi kelegaan untuk tuan rumah mengaut sedikit keuntungan.
"Sebelum perlawanan"
Di situasi sebelum perlawanan, media massa dan tabloid berganding bahu memainkan peranan. Nama Harimau Selatan jadi zikir khusyuk tajuk perbincangan.
Mereka sedar tanpa nama JDT, berita sejuk beku dan tidak laku, maka tiap-tiap hari, otak cair cipta manipulasi isu yang terbaru. Etika dan tertib tatabahasa mereka kunci dalam kubus, asalkan sifat kebencian satu Malaya dijangkit virus. Namun ini tidak berkesan dijadikan senjata supaya Harimau Selatan tertekan, tidak sekali membuat semangat juang pejuang selatan berkurangan.
"Perlawanan bermula"
Sejurus wisel ditiup, tanda bermula perlawanan, setiap posisi mula dikerah tanpa belas kasihan, hasilnya minit ketujuh Leandro mula menunjukkan taring, bila berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring. Selepas itu Harimau Selatan mula semakin garang, minit keempat belas Diogo pula menunjukkan belang.
Gergasi Merah kononnya lega, bila satu gol berjaya menerjah, tapi rupanya malapetaka baru sahaja bermula, tiga minit sebelum waktu rehat Cabrera pula menambah bala.
Lewat separuh masa pertama Gergasi Merah merapatkan kedudukan, gol kali yang kedua telah berjaya pasukan itu hasilkan, namun di separuh masa kedua harapan mereka hancur berkecai, gol keempat Leandro buat air mata mereka jatuh berderai.
"Tamat perlawanan"
Apabila tamat waktu sebenar sembilan puluh minit permainan, sumpah janji barisan jurulatih dan pemain telah berjaya dikotakan, Gergasi Merah mutlak dapat Harimau Selatan tundukkan, arakian penyokong JDT berpesta meraikan kejayaan, penyokong lagenda pula hanya meratap menangis penuh kedukaan.
Akhir kalam, kepuasan! Kemenangan ini memang satu kepuasan!
Kemenangan ini berjaya menterjemah empat perkara positif, perkara yang padat dengan makna figuratif.
Kemenangan ini berjaya menterjemah empat perkara positif, perkara yang padat dengan makna figuratif.
Pertama, kita menang di saat satu Malaya ingin melihat Harimau Selatan mengalami kekalahan, kedua semangat kesebelasan pemain berjuang dengan penuh azam dan kesungguhan, ketiga segala pilihan Tunku dan pengurusan berjaya dibuktikan tepat, terakhir sekali pula apabila semua penyokong Harimau Selatan kembali bersatu terikat kuat!
Kemenangan ini kemenangan kita semua, teruskan fokus dan jangan sekali berhenti berdoa.
"Biar mati dalam tempur, jangan mati dalam dengkur".
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan