INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS A MOULD FOR THE MODERNISATION OF MALAY STATES - PART FOUR

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SEBAGAI ACUAN KEMODENAN NEGERI MELAYU - BAHAGIAN EMPAT
Kepelbagaian industri penanaman di seluruh negeri Johor telah membawa masuk orang India dari Ceylon sekitar tahun 1911. Kehidupan yang harmoni, bersatu padu, dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan kepercayaan, dipupuk hingga menjadi salah satu elemen kebanggaan negeri Johor.
Mereka meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap pemerintah kerajaan Johor. Sultan Sir Abu Bakar menjadikan seruan baginda ‘Muafakat Itu Berkat’ diperkasakan dan diabadikan di bawah Fasal 61 bahagian pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang memperuntukkan seruan tersebut hendaklah dipakai selama-lamanya dan dikekalkan tanpa diubah atau dipinda.
Pada tahun 1920an ketika pemerintahan Sultan Sir Ibrahim, baginda memperkasakan lagi semangat perpaduan ini dengan istilah Bangsa Johor yang kekal menjadi kebanggaan rakyat Johor sehingga ke hari ini. Baginda mahu lagu rasmi negeri Johor dinamakan Lagu Bangsa Johor.
Semangat yang dipupuk oleh baginda ini memadamkan jurang besar perbezaan antara kaum dan kepercayaan di negeri Johor. Secara langsung atau tidak langsung, semangat perpaduan unik yang terbina sejak lebih dari 100 tahun di Johor telah dijadikan rujukan kepada usaha merapatkan jurang perpaduan di negara ini yang dibina selepas kemerdekaan. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS A MOULD FOR THE MODERNISATION OF MALAY STATES - PART FOUR
The rich plantation sector all around Johor attracted Indians from Ceylon around 1911. The life of harmony, unity and mutual respect regardless of race and religion was also fostered, becoming one of Johor's proud elements.
They had great respect for rulers of the Johor government. Sultan Sir Abu Bakar sanctioned and immortalised His Majesty's quote "Concord is a Blessing" under Part One, Article 61 of the Johor State Constitution, ensuring the quote is used forever and maintained without being changed or amended.
In 1920s during the reign of Sultan Sir Ibrahim, His Majesty empowered the spirit of unity by coining the term Bangsa Johor, which has been a source of pride for the Johor people until today. His Majesty also wanted the Johor official anthem to be named as Lagu Bangsa Johor.
The spirit fostered by His Majesty erased the huge gap between races and religions in Johor. Directly or indirectly, this unique spirit of unity built over 100 years in Johor became a reference in an effort to unite the people in this country after independence. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan