INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | INTERNATIONAL RECOGNITION FOR JOHOR - PART TWO

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | PENGIKTIRAFAN JOHOR DIPERINGKAT ANTARABANGSA - BAHAGIAN DUA
Hubungan dua hala antara negeri Johor dan negara luar sudah lama memberi kesan yang sangat positif kepada pertumbuhan sosio-ekonomi. Sebagai negeri Melayu yang merdeka dan berdaulat, ia merupakan transformasi sebuah kerajaan Melayu yang keluar daripada norma corak pentadbiran biasa.
Sesuai dengan istilah yang diungkapkan oleh Sultan Sir Ibrahim pada tahun 1920an iaitu Johor Mesti Sentiasa Menjadi Johor, istilah ini menjadi pegangan waris-waris Kesultanan Johor Moden dalam pemerintahan Kerajaan Johor sehingga ke hari ini.
Kesannya dapat dilihat hingga ke saat ini apabila DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak sama sekali mengabaikan peranan baginda sebagai pemerintah sama ada secara peribadi mahupun bersama-sama Kerajaan Johor ketika membuat lawatan kerja ke luar negara.
Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan negeri Johor sebagai peluang pelaburan yang mampu membawa pulangan yang mampan kepada pihak pelabur. Baginda diundang secara rasmi oleh wakil kerajaan luar ke negara mereka seperti Australia, British-Columbia, China, Bahrain, Sri Lanka, Mongolia dan lain-lain bagi mengukuhkan hubungan diplomatik Johor dan peluang pelaburan antara dua negeri dan negara. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | INTERNATIONAL RECOGNITION FOR JOHOR - PART TWO
Johor's two-way relations with other countries had a positive impact on the state's socio-economic growth. As an independent and sovereign Malay state, it was a transformation outside the norm for a Malay government.
In line with a declaration made by Sultan Sir Ibrahim in 1920s, in which Johor Must Always Remain As Johor, it has become the guideline of Modern Johor Sultanate heirs in the governance of the Johor government until today.
The effect could be seen to this day when HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has never shirked responsibilities as the ruler whether in a personal capacity or with the Johor government during any work trips overseas.
It has indirectly promoted Johor as an investment opportunity that yields returns for investors. His Majesty has been officially invited by foreign representatives to their respective countries such as Australia, British Columbia, China, Bahrain, Sri Lanka, Mongolia and so on to strengthen Johor's diplomatic ties and investment opportunities between states and countries. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan