Langkau ke kandungan utama

Hangpa jangan pengotor boleh?

PEKERJA  Perbadanan Stadium Negeri Kedah sedang membersihkan Stadium

PEKERJA Perbadanan Stadium Negeri Kedah sedang membersihkan Stadium Darul Aman, Alor Setar selepas perlawanan menentang JDT, Jumaat lalu. - GAMBAR Perbadanan Stadium Stadium Negeri Kedah Darul Aman
KUALA LUMPUR 31 Mac – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kesal dengan sikap segelintir penyokong yang pengotor dengan membuang sampah di Stadium Darul Aman selepas tamat perlawanan.
KFA dalam Facebook rasmi mereka hari ini berkongsi beberapa keping gambar pekerja Perbadanan Stadium Negeri Kedah sedang membersihkan sampah yang dibuang merata-rata sejurus tamat perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.
“Come on brooo! We are better than this! (kita lebih baik daripada ini).
“Perlawanan seterusnya di Stadium Darul Aman Rabu ini pastikan kawasan sekitar tempat duduk anda bersih dari sampah dan sisa makanan.
“Lihatlah peninggalan sampah sarap di Stadium Darul Aman setiap kali berlangsung aksi perlawanan Liga Malaysia. Semak mata memandang!,” tulis KFA dalam hantaran mereka.
Kedah yang mengikat JDT 1-1, Jumaat lalu akan menerima kunjungan Selangor United pada pusingan kedua Piala FA, Rabu ini. - UTUSAN ONLINE

Ulasan