EMPAT PERKARA PERLU DIKETAHUI MENJELANG PERLAWANAN PEMBUKA TIRAI KUMPULAN E LIGA JUARA-JUARA AFC
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan aksi pembuka tirai kumpulan E Liga Juara-Juara AFC (ACL) di gelanggang lawan. Berikut merupakan beberapa perkara yang menjadi persoalan dan perlu diketahui oleh semua penyokong Harimau Selatan di Tanah air.
1. KASHIMA ANTLERS?
Kelab Jepun yang menjadi lawan JDT ini adalah sebuah kelab yang mempunyai reputasi yang tinggi. Kashima Antlers, kelab gergasi Liga J (J1-league) merupakan sebuah kelab bola sepak paling berjaya di negara Jepun.
Kelab yang berasal dari Kota Kashima ini adalah juara bertahan Liga juara-Juara AFC (ACL) 2018 yang mana pernah memenangi Liga J1 (J1-league) sebanyak lapan kali, Piala liga J (J league cup) sebanyak enam kali dan Piala Maharaja Jepun (The Emperor's Cup) lima kali.
Kelab ini mendominasi takhta J1 league selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2007 sehingga 2009. Kelab ini juga pernah melangkah jauh sehingga ke perlawanan akhir di FIFA Club World Cup 2016.
Pada perlawanan tersebut Kashima Antlers telah bertemu kelab terkemuka dunia Real Madrid yang ketika itu dibarisi pemain-pemain hebat seperti Benzema dan Cristiano Ronaldo. Kashima Antlers telah tewas 4-2 dalam perlawanan yang dilanjutkan sehingga masa tambahan.
2. STADIUM?
Stadium yang mempunyai kapasiti besar yang mampu memuatkan lebih 40,000 orang dalam satu masa. Kashima Soccer Stadium yang berlokasi di pusat Kota Kashima, Ibaraki, Jepun merupakan stadium yang mempunyai fasiliti, infra dan kualiti padang terbaik malah stadium ini adalah salah satu gelanggang rasmi yang akan digunakan pada kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas 2020.
Pemain-pemain Harimau Selatan amat bertuah kerana menjadi kelompok rakyat Malaysia pertama dapat beraksi di stadium ini. Stadium yang pernah menjadi venue Piala Dunia FIFA Korea-Japan 2002 ini bakal memberikan pengalaman berharga dan perlu digunakan sebaik mungkin terutamanya pemain-pemain muda yang bakal diberi kepercayaan untuk beraksi kelak.
3. SUHU?
JDT dijadualkan bermain pada pukul 7.00 malam waktu tempatan dan pukul 6.00 waktu Malaysia. Situasi terkini, negara Jepun bukan mengalami iklim musim sejuk, namun begitu suhu negara itu masih berada di bawah 14 darjah Celcius pada waktu siang dan 9 darjah Celcius pada waktu malam.
Ia merupakan salah satu cabaran yang perlu dilalui, namun bukan menjadi masalah utama yang terlampau perlu dikhuatiri oleh semua barisan jurulatih dan pemain. Pengalaman beraksi di Jepun ketika bertemu Gamba Osaka pada 7 Februari tahun 2017 sudah pasti menjadi rujukan utama bagi operasional strategi dan taktikal sesuai yang bakal diterjemah kelak.
4. PENYOKONG?
Kelab ini mempunyai penyokong fanatik yang sentiasa datang memberi sokongan. Namun pemain Harimau Selatan tidak perlu merasa gentar atau gugup akan kehadiran mereka kerana walau sehebat manapun kelab yang bakal mereka hadapi, penyokong setia Harimau Selatan pasti akan mengekori.
Sorakan dan laungan “ Luaskan Kuasamu Johor”, “Ayuh Merah Biruku” dan “Lagu Bangsa Johor” antara yang bakal berkumandang membelah lautan penyokong kelab “Matahari Terbit” kelak. Kita mungkin tidak mampu untuk “MeLarkinkan” stadium tersebut namun kita boleh membuka mata mereka bahawa JDT bukan biasa-biasa!
Akhir kata, apabila bermula sahaja perlawanan tersebut, maka bermulalah sebuah catatan sejarah yang terlakar di coretan sejarah bola sepak tanah air. Sejarah ini perlu diiktiraf dan seluruh Malaysia harus mengakui bahawa segala yang dirancang oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada 6 tahun yang lepas kini telah dapat direalisasikan.
JDT kini di mata dunia, JDT kini berada setaraf dengan kelab-kelab hebat dunia. Ayuh keluarga Merah Biruku! Jangan berhenti untuk berdoa dan berikanlah kata-kata semangat untuk semua pejuang Harimau Selatan!
“Hari ini saya akan melakukan apa yang orang lain tidak akan buat dan esok saya akan mencapai apa yang orang lain tidak boleh buat”
- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan