CONTOHILAH PENYOKONG HARIMAU SELATAN!
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ini terbina hasil dari campuran formula rasa kesedaran, kesetiaan, keikhlasan dan juga kebanggaan. Hasil dari campuran ramuan emosi ini, maka terhasil lah sebuah kelab bola sepak yang mencipta banyak peluang dalam sejarah perjalanan. Nama JDT sentiasa di siul umpama satu ritma dalam muzikal. Naratif cerita jadi proposisi dan hipotetikal.
Wujudnya JDT, kelab ini menjadi destinasi impian setiap pemain di dalam negara. Menyarung jersi Merah Biru adalah satu penghormatan dalam karier. Pemain yang terpilih amat bertuah kerana dapat merasai nikmat sebenar pemain bola sepak profesional, apatah lagi diurus rapi pengurusan efisyen bukan konvensional. Realitinya, JDT adalah indikator paling tinggi dalam pencapaian, menjadi memorabilia setiap pemain kandis sebati dalam kenangan.
"Penyokong Harimau Selatan"
Penyokong. Penyokong adalah pendorong. Di JDT, penyokong diibaratkan sebagai sebagai roh di dalam pasukan. Tanpa roh, Harimau Selatan akan berjuang tidak keruan. Suara penyokong umpama ngauman apabila berjuang dalam kokurensi, yang pasti menjadi punca pesaing mengangkat panji kapitulasi.
Ketika artikel ini ditulis, Harimau Selatan telah bertarung bertemu Kedah di Darul Aman, jam di tangan pula sudah menunjukkan minit-minit akhir waktu perlawanan.
Ketika itu keputusan masih lagi terikat satu-satu, maka barisan jurulatih telah merancang mengubah sesuatu. Akhyar Rashid telah diputuskan masuk melancarkan serangan, maka nombor sembilan belas bakal diumumkan untuk terus dimasukkan.
Umum mengetahui bahawa pemain ini beraksi menentang bekas pasukan, maka kelibat Akhyar sudah pasti amat dinantikan. Namun sayangnya, pemain ini bukan disambut dengan tepukan penyokong tempatan, tetapi dilempar dengan berbakul-bakul cemuhan juga cacian.
"Kebencian abadi"
Kebencian? Ya mereka masih dihimpit dengan rasa dendam dan kebencian. Masih inkarserasi dengan kontaminasi hati dan tubuh badan, jeritan dan makian bagai lelawi yang masuk kedalam telinga, menjadi monodrama kepulangan kembali Akhyar Rashid ke tempat lama.
Ketika itu saya sedar, betapa Harimau Selatan amat bertuah mempunyai penyokong yang sentiasa optimistik dan multidisplin, tidak akan sesekali merendah martabat walaupun bergelar bekas pemain, perkara inilah yang buat kita lain dari yang lain, menjadi alegori benar dan pastinya bukan main-main.
Penyokong sentiasa akur apabila setiap musim pemain datang juga pergi, yang ada rezeki terus diinvokasi supaya kekal menyumbang bakti, yang terpaksa melangkah pasti terus kekal sentiasa diingati, sekali JDT selamanya JDT jadi ideologi dalam intuisi, tidakkan goyang seinci walau sejuta agitasi.
Tanyalah Safiq Rahim, tanyalah Safee Sali atau siapa-siapa sahaja pemain yang pernah bergelar pemain JDT, pernahkah mereka dikeji atau dicaci? Apabila bertandang berlainan jersi, ataupun berlainan logo terukir di panji? Tidak pernah terjadi, pasti tidak akan dibiarkan terjadi.
Seperkara lagi, walaupun sehebat mana provokasi sebelum dan selepas perlawanan, penyokong Harimau Selatan masih lagi hormat setiap lagu rasmi negeri yang dinyanyikan, segenap ruang stadium pasti berdiam diri dan berdiri sebentar, tidak pernah sekali kita menghina setiap bait yang telah pelawat nyanyikan. Penyokong kita sememangnya hebat, tidak setara tingginya rasa hormat.
Akhir kalam, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mendidik keseluruhan keluarga JDT dengan sifat hormat menghormati, sampai bila-bila ianya kekal tidakkan mati. Perkara ini terus sebati dalam hati nurani, menjadikan penyokong Harimau Selatan sentiasa bermentaliti terpuji. Kepada semua bekas kesateria Harimau Selatan, semoga terus berjaya walau kita tidak lagi satu haluan.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan