CATATAN PRESTASI JDT 8 PERLAWANAN PERTAMA MUSIM INI – DIOGO TOP SCORER

CATATAN PRESTASI JDT 8 PERLAWANAN PERTAMA MUSIM INI – DIOGO TOP SCORER

Catatan Prestasi JDT 8 Perlawanan Pertama Musim Ini รข€“ Diogo Top Scorer

Sudah 8 perlawanan diharungi Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2019 ini sehingga kini. Perlawanan terakhir JDT sebelum ini adalah pada 12 Mac lepas melawan Gyeongnam FC di Stadium Larkin sebelum mereka bercuti rehat selama dua minggu.
Ini termasuklah dua perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan enam perlawanan Liga Super 2019. 
Dalam saingan Liga Super, selepas enam perlawanan, JDT berjaya menduduki takhta liga dengan mengutip 16 mata, dua mata di hadapan Pahang. 
JDT memenangi 5 perlawanan dan seri sekali dengan rekod belum pernah tewas. Hanya dua pasukan yang belum tewas lagi termasuk Pahang yang mencatat 4 menang dan 2 seri.
JDT turut mencatat pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak iaitu 10 gol dan juga jaringan terbanyak 16 gol sepanjang 6 perlawanan Liga Super ini. Ini bermakna secara purata, JDT menjaringkan 2.7 gol setiap perlawanan.
Manakala pencapaian JDT dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL), JDT hanya berjaya mengutip 1 mata hasil daripada 1 seri di Stadium Larkin ketika bertemu pasukan dari Korea Selatan, Gueongnam FC. Ia merupakan mata pertama yang diperolehi JDT dalam ACL. Sebelum itu JDT tewas 1-2 di tangan Kashima Antlers di Jepun.

Satu perkembangan baik JDT dalam ACL ini adalah JDT telah menjaringkan 1 gol dalam setiap 2 perlawanan mereka. Bekas penyerang Buriram United, Diogo Luis Santo telah menjadi wira JDT apabila beliau menjdi penjaring tunggal JDT setakat ini, 1 gol bertemu Kashima Antlers dan 1 gol ketika melawan Gyeongnam FC.
Dalam saingan Liga Super selepas 6 perlawanan, Gonzalo Cabrera masih mendahului penjaring JDT yang lain dengan jaringan 5 gol, diikuti dengan Diogo Santo (4), Leandro (3), Safawi (2) dan Syafiq Ahmad dan Azrif Nasrulhaq masing-masing 1 gol.



Perlawanan berikutnya bagi JDT adalah melawan Kedah di Stadium Darul Aman pada 29 Mac ini dalam saingan Liga Super Malaysia. Seterusnya pada 05 April bertemu Felda United di Stadium Larkin.
Pasukan JDT menyambung latihan pada hari ini setelah berehat seminggu selepas melawan Gueongnam FC. JDT mempunyai masa 5 hari sebagai persiapan bertemu Kedah nanti.
Namun pasukan Kedah telah memulakan latihan semua pada Khamis lepas, 14 Mac dan telah mengadaknan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan bertemu JDT. Pertemuan itu dianggap penting bagi Kedah untuk merebut peluang merapatkan jurang mata dengan JDT.

Ulasan