- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Baddrol mahu Kedah kekal rekod tanpa bolos di Darul Aman
Mahu kekal rekod tanpa bolos di Darul Aman.
Itulah misi yang mahu dicapai oleh ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menjelang perlawanan berdepan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’azim di Stadium Darul Aman pada hari Jumaat ini.
“Sudah pasti aksi bertemu JDT sentiasa memberikan saingan dan saya berharap kami masih berupaya mempertahankan rekod tanpa bolos di Darul Aman nanti.
“Ia sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada kami tetapi kami sedar bahawa ia bukan satu tugas yang mudah apabila JDT memiliki rekod jaringan yang lebih baik tetapi kami telah bersedia untuk memberikan cabaran dalam misi merakamkan keputusan positif,” kata Baddrol seperti dilaporkan Berita Harian.
Kedah setakat ini sudah beraksi dua kali di laman sendiri, menentang Felda United dan PKNS FC. Mereka tidak bolos dalam kedua-dua perlawanan tersebut dengan catatan kemenang 4-0 ke atas Felda dan seri 0-0 dengan PKNS FC.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini berada di tangga ketiga selepas memungut 11 mata daripada enam perlawanan, lima mata kurang daripada JDT yang terus unggul di persada Liga Super.
Kredit foto: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan