Analisis Taktikal: Trio Serangan JDT Terlalu Unggul, Selangor Kurang Disiplin Taktikal



Selangor sekali lagi gagal mencipta kemenangan dalam Liga Super. Namun kali ini mereka tewas di tangan pasukan juara bertahan – JDT dengan skor 2-4.
1. Asas
Selangor pada asasnya bermain dengan 4-4-2. Kemasukan Sandro awalnya kami jangkakan Selangor akan bermain dengan sistem 4-4-1-1. Namun jelas sekali Sandro dan Rufino menjadi no.9 kembar dalam sistem klasik.
JDT pula tampil dengan 4-3-3. Mengekalkan trio serangan bertiga mereka Cabrera-Diogo-Safawi.
2. Selangor kurang variasi dalam serangan
Selangor berhadapan dengan isu kreativiti sekali lagi. Dalam perlawanan ini, JDT jelas tidak terlalu agresif untuk menekan (press) mahupun mematikan ancaman apabila Selangor ada bola.
Hal ini diakui sendiri oleh Luciano Figueroa yang menyifatkan JDT memberikan ruang selesa kepada Selangor untuk mengawal bola serta menggerakkan bola tersebut. Kesannya, gol Endrick adalah contoh di mana, JDT dihukum kerana memberikan ruang selesa kepada lawan.
Namun Selangor akan hilang akal apabila tiba di ‘final third’. Walaupun Selangor mendapat 2 gol dalam perlawanan ini, mereka berhadapan dengan isu kurang permainan kombinasi di bahagian serangan.
Harus diakui serangan mereka menjalankan tugas walaupun bergelut untuk mencipta lebih banyak peluang gol. 2 gol berhadapan dengan pasukan JDT boleh dikatakan baik.
Namun aspek variasi perlu diberpaiki lagi. Selangor memiliki ramai pemain berbakat, tak akan hanya bergantung kepada sistem hantaran lintang kepada target man sahaja.
3. Selangor rapuh di pertahanan
Nurridzuan antara rantaian lemah (weakest link) pasukan Selangor. Beliau bergelut berhadapan dengan pemain sayap songsang (inverted winger).
Jika sebelum ini – berhadapan dengan Pahang, beliau mengawal Sumareh yang merupakan pemain sayap tradisional, Nurri hanya perlu menolak Sumareh ke kawasan jauh di penjuru.
Ini situasi di mana beliau cuba mengenakan ‘pressure’ ataupun body charge, namun teragak-agak, sama ada perlu shadow marking ataupun mengenakan pressure secara fizikal. Akhirnya beliau ditewaskan tanpa mampu membuat sebarang keputusan.

Namun berhadapan dengan pemain seperti Safawi, Nurridzuan perlu memperbaiki aspek teknikal ketika bertahan. Beliau sukar untuk mematikan gerakan Safawi ketika pemain itu menukar arah bola ke kaki kiri ataupun ‘cut inside’.
Seterusnya, struktur pertahanan Selangor mudah pecah dan tak stabil. Mereka pada satu ketika terlalu turun ke bawah dan tidak selari untuk memerangkap lawan ofsaid.
Di tengah, Halim Saari dan Endrick gagal melindungi bek berempat dengan lebih baik. Mereka asasnya bertahan dalam 2 ‘scheme’ iaitu 4-4-2 ataupun 4-5-1.

Ini adalah contoh mereka bertahan dengan 4-5-1 memecahkan 2 banks of fours.

Organisasi pertahanan ini kurang disiplin. Mereka mudah panik. Seterusnya 2 pemain sayap mereka malas untuk ‘track back’ bek sisi ofensif JDT.
4. Trio serangan JDT yang tajam
Trio Diogo Cabrera Safawi boleh dikatakan pada kelas tersendiri dalam perlawanan ini.
JDT menekankan penguasaan bola. Mereka tidak cukup laju untuk menggerakkan bola dan tidak terlalu intensif. Namun apabila bola tiba di kaki penyerang bertiga mereka – JDT akan berupaya mendapatkan sesuatu.
Namun hubungan di antara pemain tengah dengan trio serangan mereka yang tidaklah terlalu intensif ataupun laju. Tetapi setiap kali trio serangan ini menerima bola di zon terbaik, mereka akan menghadirkan ancaman.
Gol pertama adalah kerana Diogo yang mampu mengendalikan tekanan dalam keadaan beliau berseorangan. Ianya juga dibantu oleh Nguyen yang kurang bernasib baik gagal mengeluarkan bola. Usaha Diogo harus dipuji kerana itu yang mencetuskan kemungkinan.

Seterusnya Safawi mencetuskan gol kedua dengan gerakan masuk di byline dan cuba melakukan cutback.
Gol Cabrera hadir kerana keupayaan Diogo menghantar bola dengan visi yang sangat tinggi.
Dan gol ke-4 dimulakan oleh Cabrera yang memintas masuk ke dalam, merembat ke arah Khairul Azhan dan tindakan susulan Leandro pula menyempurnakannya.
Boleh dikatakan JDT tidak beraksi pada tahap terbaik sebagai satu pasukan yang ada 11 pemain. Namun penyerang bertiga mereka sangat tajam.
Mereka memiliki kualiti antisipasi yang sangat tinggi. Kesemua gol JDT adalah melibatkan bola kedua (tindakan susulan). Mereka berada di tempat dan masa yang tepat.
Kualiti linking up dan poaching Diogo memang menjadi perbezaan terbesar di antara kedua-dua pasukan.
5. Kelemahan JDT
Dalam perlawanan ini, JDT menekankan kestabilan di tengah. Afiq Fazail dan Hariss Harun sangat baik dalam bertukar peranan dengan segera. Di bawah ini gambaran bagaimana Afiq dan Hariss aktif bertukar peranan, dan Leandro pula lebih bebas untuk fokus kepada ofensif.


Hariss banyak diarahkan untuk mematikan gerakan dan sumber kepada Rufino. Namun mereka perlu memperbaiki aspek intensiti serta fluiditi sebagai pasukan yang gemar menguasai bola.
Seterusnya, mereka perlu memperbaiki aspek counterpressing. Ini kerana JDT gemar menolak unit pemain yang ramai ke hadapan. Oleh sebab counterpressing yang lemah, Selangor beberapa kali menebuk mereka dengan serangan balas.

Hariss banyak diarahkan untuk mematikan gerakan dan sumber kepada Rufino. Namun mereka perlu memperbaiki aspek intensiti serta fluiditi sebagai pasukan yang gemar menguasai bola.
Seterusnya, mereka perlu memperbaiki aspek counterpressing. Ini kerana JDT gemar menolak unit pemain yang ramai ke hadapan. Oleh sebab counterpressing yang lemah, Selangor beberapa kali menebuk mereka dengan serangan balas.

Ulasan