ACL: Mora enggan tertekan dengan jangkaan
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, enggan terganggu tumpuan dek jangkaan orang ramai terhadap pasukan itu, lebih-lebih lagi ketika ia bakal menerima kunjungan kelab Korea, Gyeongnam FC, bagi aksi kedua Kumpulan E, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam esok.
“Saya tahu jangkaan orang ramai tinggi sejak kami bertemu dengan kelab Jepun (Kashima Antlers), tetapi saya rasakan pasukan telah memberikan tentangan yang terbaik dan kami gembira dengan keputusan yang dicapai.
“Tetapi esok, ia adalah mengenai perlawanan yang berlainan. Kami perlu kekal fokus supaya dapat bermain sebagai satu pasukan dan keluarga.
“Jika ini dapat dilakukan, maka saya pasti semuanya akan baik-baik sahaja esok,” katanya.
Mora berkata Gyeongnam adalah kelab seperti JDT -- yang baru menyertai ACL buat kali pertama, namun beliau tidak memandang rendah kemampuan lawan dalam mengawal permainan.
Sementara itu, ketua jurulatih Gyeongnam, Kim Jongpu, berkata JDT adalah pasukan yang cemerlang buatnya kerana dapat memberikan saingan sengit ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan ACL.
“Sebenarnya, saya juga tahu mereka telah membuat banyak pelaburan untuk mendapatkan pemain berkualiti. Oleh itu, saya amat yakin perlawanan esok tidak akan berlangsung dengan mudah,” katanya.
Perlawanan esok merupakan peluang untuk JDT mencatat kemenangan pertama setelah tewas tipis 1-2 kepada Kashima Antlers di Jepun, Selasa lalu.
-- BERNAMA

Ulasan
Catat Ulasan