ACL: Farizal optimis peluang JDT
Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias, percaya terhadap kemampuan mereka untuk bersaing hebat di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdasarkan keputusan menentang Kashima Antlers semalam.
JDT selaku pasukan pertama dari Malaysia yang beraksi dalam saingan ACL pada mulanya diramal sukar untuk bersaing di pentas itu berdasarkan faktor pengalaman.
Namun, tanggapan itu berjaya ditepis pemain skuad Harimau Selatan apabila memaksa tuan rumah bermandi peluh sebelum akhirnya tewas tipis 1-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan E di Stadium Bolasepak Kashima.
Pujian harus diberikan kepada JDT yang tidak gugup dalam penampilan sulung di pentas ACL apabila tidak memberi laluan mudah kepada penyandang juara di samping bekas naib juara Piala Dunia Kelab itu.
"Bagi saya, pemain telah memberikan komitmen persembahan yang baik dan perasaan sangat bangga. Namun, harus diingat bahawa saingan ACL adalah peringkat berbeza, jadi kami perlu sentiasa bersedia," kata Farizal.
Dalam aksi semalam, Farizal berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti lawan, namun dibolosi satu jaringan dalam setiap babak perlawanan.
JDT meraih gol ketika permainan berbaki 10 minit menerusi Diogo Santo tetapi ia sudah terlewat untuk menafikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.
Kredit foto: Johor Southern Tigers.

Ulasan
Catat Ulasan