ACL 2019: Kashima Antlers vs JDT Live Stream, Info dan Maklumat Terkini


ACL 2019: Kashima Antlers vs JDT Live Stream, Info dan Maklumat Terkini


Juara Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim akan memulakan pengembaraan sulung mereka di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 bertemu wakil daripada Jepun, Kashima Antlers di Kota Kashima.
Lawan bagi pasukan JDT ini bukannya calang-calang pasukan kerana Kashima Antlers merupakan juara bertahan ACL 2018, dimana mereka menewaskan pasukan dari Republik Iran, Persepolis, 2-0 secara agregat. Musim lalu, meraka juga merupakan pemenang tempat ketiga bagi Liga J1.
Skuad Harimau Selatan seperti kita sedia maklum telah melakukan persiapan rapi untuk mengharungi musim sulung mereka di kancah elit bola sepak Asia. Ini dapat kita perhatikan dengan pihak pengurusan mengikat beberapa pemain seperti Diogo Luis Santo, Mauricio, Leandro Velazquez serta dalam kalangan pemain tempatan, Akhyar Rashid dan Syazwan Andik.
Perlawanan akan berlangsung pada 5 Mac, pada jam 6 petang waktu Malaysia. Perlawanan tersebut akan diadakan di gelanggan rasmi Kashima Antlers, Stadium Bolasepak Kashima yang juga merupakan salah satu venue kejohanan Piala Dunia FIFA 2002.
Bagi kalangan penyokong Johor Darul Ta’zim di Malaysia, anda boleh menonton aksi tersebut secara langsung menerusi saluran FOX Sports ataupun mengikuti Live Blog menerusiwww.foxsports.com.my
Foto Kredit: JOHOR Southern Tigers

Ulasan