Tomorrow is a very big day for us at the club. We need to constantly improve our style of play every year because the challenges are getting harder every year. We also know that everyone wants to beat us. Therefore we can't stay at the same level or get too comfortable. We need to improve and upgrade our performance - Hariss Harun
Perlawanan bertemu pasukan Perak esok, merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami perlu menghormati fakta bahawa mereka merupakan juara untuk Piala Malaysia pada musim lepas dan mereka telah melakukan yang terbaik.
Setiap kali JDT bertemu pasukan Perak semestinya ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat tidak kira sama ada bermain di sini atau pun di halaman mereka. Kami tidak pernah menjangkakan esok adalah perlawanan yang mudah, oleh itu kami telah melakukan persiapan dengan sebaiknya.
Walaubagaimanapun, adalah satu kelebihan yang besar bagi kami bahawa perlawanan berlangsung di Larkin. Kehadiran penyokong, ditambah lagi kami juga sudah biasa dengan padang sendiri, ia sememangnya kelebihan bagi kami. Kami perlu bermain sehabis baik untuk mendapatkan tiga mata penting dan juga Piala Sumbangsih.
Esok merupakan hari yang besar untuk kami semua di kelab. Kami juga perlu sentiasa mempertingkatkan gaya permainan kami untuk setiap tahun kerana cabaran pada setiap tahun semakin mencabar. Kami juga tahu setiap pasukan lawan sentiasa cuba untuk menewaskan kami. Oleh kerana itu kami tidak boleh kekal di tahap yang sama dan berasa terlalu selesa. Kami perlu sentiasa memperbaiki dan meningkatkan mutu persembahan kami.
Kekuatan JDT tidak terletak pada individu namun terletak pada seluruh pasukan. Kami perlu bermain sebagai satu pasukan, begitu juga dengan para pemain yang berada di bangku simpanan. Jika kami bekerja sebagai satu pasukan, saya yakin kami dapat melakukannya dengan hebat. Kami juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang 90 minit perlawanan.
Seperkara lagi, 20 minit pertama merupakan tempoh masa yang amat penting dalam setiap perlawanan. Ia mampu mempengaruhi psikologi sekiranya kami bermula dengan baik. Lebih-lebih lagi jika anda bermain di halaman sendiri. Kami akan cuba mengawal perlawanan dan sentiasa memperbaiki serta meningkatkan corak permainan kami.
Hariss Harun, Kapten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
---
The match against Perak will be a tough one. We have to respect the fact that they were the Piala Malaysia champions last season and they have done their best.
It's always a great match every time JDT go up against Perak, whether it's played here or away. We have never thought of tomorrow match as an easy one, and so we have made the best preparations as possible.
However there is a big advantage for us that the match is in Larkin. Fans attendance and that we are familiar with our own pitch. It is an advantage for us. We need to play our level best to obtain three important points and also the Charity Cup.
Tomorrow is a very big day for us at the club. We need to constantly improve our style of play every year because the challenges are getting harder every year. We also know that everyone wants to beat us. Therefore we can't stay at the same level or get too comfortable. We need to improve and upgrade our performance.
JDT's strength does not come from any individual but it comes from the whole team. We need to play as a team, even those on the bench. If we work as a team then I am confident that we will be able to do great things. We need to be mentally and physically ready throughout the 90 minutes.
Additionally, the first 20 minutes in any match is very important. It can influence psychologically if you start strong. Moreoever when at our home ground. We will try to control proceedings and will always improve and raise our gameplay.
Hariss Harun, Johor Darul Ta'zim FC, Captain.
Ulasan
Catat Ulasan