Langkau ke kandungan utama

TOLONGLAH LINDUNGI PEMAIN – LUCIANO FIGUEROA

Tolonglah Lindungi Pemain รข€“ Luciano Figueroa

Pengurus yang juga ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa hanya mampu menggeleng kepala ketika berada di tepi padang melihat reaksi pengadil terhadap perlawanan malam tadi. Luciano Figueroa merayu agar pengadil melindungi pemain. Itulah kenyataan beliau mengenai pengadil perlawanan Piala Sumbangsih 2019 antara JDT dan Perak yang tersiar dalam laman rasmi facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.
“Saya tidak mahu memperkatakan mengenai tindakan pengadil pada perlawanan ini, anda sendiri dapat melihat perkara tersebut. Masalahnya adalah mereka tidak memberi perlindungan kepada pemain. Kadangkala pengadil perlu memberi kad kuning dengan pantas untuk menghentikan perbuatan pasukan lawan. Tapi tidak mengapa, saya tidak mahu memperkatakan lebih lanjut mengenai perkara ini.” Ujar Figueroa.
“Tolonglah lindungi pemain. Masalah itu saya kira bukan pasukan JDT saja hadapi tetapi semua pemain yang beraksi pada saingan liga. Sepatutnya pengadil pantas melayangkan kad kepada pemain yang melakukan kekasaran.Apa pun saya tidak mahu ulas lanjut. Harap ada perubahan yang lebih positif buat pengadil pada aksi masa depan.
Walaubagaimana pun Figueroa amat gembira dengan para pemainnya kerana berjaya mendapatkan trofi kemenangan di halaman sendiri.
“Saya juga gembira melihat kehadiran dan sokongan dari para penyokong. Bagi saya perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang hebat. Pemain memberikan aksi permainan yang baik pada separuh masa pertama. Kami juga mencipta banyak peluang sehingga berjaya membolosi gawang pihak lawan. Ia cukup hebat pada saya.” Ulas Figueroa lagi.
Figueroa akui di separuh masa kedua, JDT tidak urang hebatnya. Namun JDT agak sedikit berbeza kerana pasukan Perak ketara sangat mahu menjaringkan gol. Katanya lagi, JDT tidak bermain bola sepak dengan begitu baik di separuh masa kedua namun Perak juga gagal melakukan ‘shoot on target’. JDT hanya mahu mengekalkan tahap permainan mereka, mengawal tempo, dan mendapatkan bola.
“Gabungan Adam Nor Azlin dan Mauricio adalah sangat hebat. Adam merupakan pemain muda yang hebat. Mereka berdua bermain bersama dengan sangat baik dan saya amat gembira. Kami mempunyai barisan pemain yang hebat dan mempunyai tahap permainan yang sama. Anda sendiri dapat melihat bagaimana Adam bermain pada hari ini, walaupun tahun lepas beliau tidak pernah diturunkan untuk bermain. Begitu juga dengan Afiq Fazail, beliau telah bermain dengan baik. Ini merupakan petanda baik buat kami.
Malam tadi merupakan aksi pertama atau penampilan pertama dalam kesebelasan utama JDT dalam perlawanan kompetitif musim ini. Beliau menyertai JDT pada musim lepas, 2018 dan beliau tidak didedahkan dalam perlawanan tertentu dan murang minit bermain. Namun sejak perlawanan pra musim 2019 ini melalui jelajah Thailand, Adam begitu konsisten membarisi barisan utama JDT. Beliau diturunkan dalam kesemua perlawanan ujian dalam barisan utama.
Figueroa turut mengulas permainan Safawi Rasid, pemain muda JDT.
“Mengenai Safawi, corak permainan beliau pada perlawanan kali ini tidak begitu sempurna. Ini kerana kita semua tahu kemampuan yang beliau mampu berikan kepada pasukan. Namun bagi saya, ini juga satu perlawanan yang bagus untuk beliau. Kita tidak boleh terus mengatakan bahawa beliau memang tidak boleh menjaringkan gol sedangkan beliau telah mencuba dua hingga tiga peluang untuk menjaringkan gol. Tidak mengapa, kerana inilah bola sepak. Beliau tidak boleh menjaringkan kesemua peluang yang beliau perolehi.” Kata Figueroa, jurulatih JDT
JDT mempunyai beberapa hari sahaja lagi sebelum bertemu Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 08 Februari 2019 ini.
“Kami masih mempunyai masa untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan prestasi pasukan. Kami juga akan membuat sedikit kajian mengenai pasukan Kuala Lumpur. Buat masa ini biarkan saya berasa gembira dahulu.
Sumber : https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1281353508694612?tn=K-R

Ulasan