TMJ SELAR WARTAWAN ISU HADIAH PENALTI


TMJ SELAR WARTAWAN ISU HADIAH PENALTI


TMJ Selar Wartawan Isu Hadiah Penalti

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa skuad Harimau Selatan mendapat ‘ihsan’ daripada pengadil Liga Malaysia (Liga M).
“Tolonglah buat laporan yang adil bukannya secara cuai dan berat sebelah.” DYAM TMJ
Penafian itu dibuat melalui kenyataan di laman Facebook, JOHOR Southern Tigers sebagai tindak balas daripada  laporan BH Sukan hari ini. Dalam laporan tersebut, beberapa tuduhan atau dakwaan dilemparkan terhadap skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dakwaan yang tidak berasa itu dipercayai timbul di kalangan peminat selepas juara bertahan Liga Super lima kali berturut-turut itu sudah mendapat empat sepakan penalti dalam empat perlawanan awal liga musim ini.
Netizen di alam maya turut menggelar ‘Jenalti’ apabila dikaitkan dengan penalti yang diperoleh JDT. JDT juga sering didakwa menerima ‘bantuan’ daripada pengadil apabila dihadiahkan sepakan penalti.
Disamping JDT, Melaka pula menjadi pasukan kedua terbanyak menerima sepakan penalti musim ini sehingga 4 perlawanan awal. 
Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan, Melaka United menerima dua sepakan penalti. 
Pasukan lain yang turut menerima sepakan penalti adalah pasukan Selangor, FELDA United dan PJ City FC yang masing-masing menerima satu sahaja.
TMJ turut mengakui salah satu daripada sepakan penalti ketika berdepan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super, 15 Februari lalu tidak sepatutnya diberikan kepada skuad Harimau Selatan.
DYAM turut menggesa wartawan seharusnya menulis berdasarkan fakta, bukan emosi. Mereka juga perlu berlaku adil dan memberi ulasan sama rata antara pasukan, bukannya menulis seperti penyokong kepada pasukan lawan. 
“Saya akui bahawa salah satu daripada sepakan penalti sewaktu menentang Terengganu mungkin dilabelkan ‘soft’. Tetapi mereka yang memahami peraturan bola sepak akan bersetuju bahawa untuk sepakan penalti yang lain, sememangnya ia perlu diberikan kepada JDT,” kata baginda.
“Adakah penulis tidak memahami bola sepak sehingga tidak dapat membezakan antara keputusan yang betul dan salah oleh pegawai perlawanan?

Keratan tajuk Berita Harian Online

DYAM TMJ turut tidak setuju perkataan ‘bantuan’ digunakan sewenang-wenangnya dalam artikel itu.
Dapatkan berita-berita hangat di https://johorsanasini.com

Ulasan