DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), selaku pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berazam dan begitu bersemangat untuk membawa dan memimpin JDT ke tahap yang lebih tinggi dan lebih jauh lagi.
Keazaman tersebut diluahkan baginda melalui akaun laman facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.
Semangat dan keazaman baginda tercetus hasil daripada kehadiran penyokong yang memenuhi Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada perlawanan Piala Sumbangsih 2019 Sabtu lepas.
“Kehadiran penyokong pada perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari amat bermakna buat saya.” kata DYAM TMJ.
“Ia juga telah membuatkan saya untuk lebih mahu membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi dan lebih jauh.
Pada perlawanan malam itu, kehadiran penyokong JDT memenuhi segenap ruang tempat duduk stadium. Seramai 22,150 orang penonton telah direkodkan pada malam itu. Ia juga merupakan jumlah penonton paling tinggi di sepanjang minggu pertama Liga Super 2019.
Baginda juga turut menggesa dan mengajak para penyokong JDT agar datang ke stadium beramai-ramai memberikan sokongan penuh dan padu tanpa berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan kita.
DYAM TMJ menggangap sokongan tersebut sebagai pembakar semangat baginda untuk terus menaikkan nama JDT.
“Tiada perkara lain yang lebih bermakna bagi saya dan para pemain serta kelab daripada kehadiran dan sokongan para penyokong.
JDT dijadualkan akan bertemu pasukan Kuala Lumpur pada malam esok, Jumaat, di Stadium Larkin pukul 9.00 malam. Ia merupakan perlawanan kedua JDT setelah berjaya mengutip 3 mata penuh hasil kemenangan menentang Perak 1-0 Sabtu lepas.
Marilah kita turun beramai-ramai memberi sokongan kepada psukan kesayangan kita.
JDT akan turun dengan azam kemenangan untuk berada di atas persada liga. Sehingga LS1, JDT berada di tangga ke-4 di belakang Pahang, Kedah dan Melaka United.
JDT vs KL
08.02.2019
Stadium Larkin
9.00 malam
08.02.2019
Stadium Larkin
9.00 malam
Kredit Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan