TMJ Kagumi Aksi Terengganu Dan Turut Kecewa Pengadilan Yang Kurang Memuaskan


Pemilik JDT, Tunku Ismail (TMJ) ternyata memahami kenapa penyokong Terengganu marah dengan mutu pengadilan ketika aksi JDT menentang Terengganu tempoh hari.
Penyokong Terengganu meluahkan kekecewaannya mereka di atas mutu pengadilan yang membuatkan mereka seolah olah dirompak kemenangan pada malam itu.
Menurut TMJ penalti kedua diberikan kepada JDT sebagai tak betul. Sebaliknya Terengganu berhak mendapat penalti di atas kekasaran Aidil ke atas penyerang mereka. Dan TMJ mengakui bahawa Terengganu adalah pasukan lebih baik dalam aksi tersebut serta berhak menang berbanding JDT.
Baginda berkata: “Bagi saya pemenang semalam adalah Terengganu. Sepakan penalti kedua yang diberikan kepada kami mungkin bukan penalti manakala terjahan dari belakang oleh Aidil ke atas penyerang Terengganu tersebut memang sepatutnya diberikan penalti.”
TMJ menyatakan bahawa baginda tak pernah melihat Terengganu bermain sebaik malam tersebut.
“Saya tidak pernah melihat Terengganu beraksi sebaik itu, tidak sewaktu menentang PKNS dan tentunya tidak sebegitu ketika menentang Pahang. Pemain JDT perlu bersedia dan perlu memahami bahawa setiap pasukan akan beraksi biasa-biasa sahaja antara satu sama lain tetapi sebaliknya ketika menentang kami, di mana mereka akan memberikan 200% seolah-olah ia adalah perlawanan akhir.”

TMJ juga mengingatkan para pemain JDT bahawa mereka harus kekal bersedia secara psikologi untuk kekal fokus dalam misi mereka. Baginda juga yakin pasukan JDT akan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

FOTO JOHOR Southern Tigers
“Kita mesti faham dan terima hakikat bahawa kita menentang semua orang dan semua orang menentang kita, untuk cuba menghentikan dominasi kita. Jika pemain JDT tidak bersedia dari segi psikologi untuk memahami fakta ini, kami akan menghadapi masalah.”
“Saya yakin pasukan akan ‘improve’.”
“Kami perlu terus bekerja keras dan sentiasa menambahbaik. Setiap tahun perkara yang sama berlaku. Setiap tahun kami menghadapi kesukaran pada awal musim tetapi sentiasa terdapat sinar cahaya di penghujung jalan.”
“Tahun ini tidak berbeza. Kami akan terus bergelut dengan kesukaran, dan dijangka lebih banyak kesukaran lagi tahun ini kerana saya fikir ‘blueprint’ mereka mudah, iaitu bermain saja-saja apabila menentang sesama sendiri dan memberikan segalanya apabila menentang JDT. Tidak menjadi masalah. Kami hanya perlu bersedia dan menerima cabaran tersebut.”
“Ini adalah perkara yang perlu anda atasi apabila menjadi sebuah kelab yang berjaya. Setiap kelab yang berjaya di dunia juga menghadapi cabaran dan masalah yang sama.”

Ulasan