PEMAIN Terengganu, Chantacheary Bin (kiri) mengasak jentera tengah JDT, Gonzalo Cabrera dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hari ini.- FOTO UTUSAN/AZLAN BAHRUM
KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Pemain pertahanan Terengganu, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri berjaya menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada mengaut tiga mata penuh apabila menyamakan kedudukan untuk seri 2-2 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.
Perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu menyaksikan jaringan lewat tersebut menyelamatkan tuan rumah daripada diaibkan skuad Harimau Selatan yang memegang rekod cemerlang menang dua kali sejak tirai liga musim ini disingkap.
Walaupun Terengganu berjaya mendahului permainan seawal minit ke-16 menerusi jaringan Mohd. Khairul Izuan Rosli, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila dipintas JDT pada babak kedua.
Skuad bimbingan Benjamin Mora itu meraih gol sulung pada minit ke-62 menerusi Muhammad Safawi Rasid, sebelum Diogo Luis Santo menambah jaringan enam minit berselang.- UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan