TENANG KELUARGA JDTKU SAYANG!
Perlawanan ketiga Liga Super Malaysia telah kita lalui, di Kuala Terengganu, menjadi gelanggang pertama lawan kita lawati.
Sudah lumrah, bila bertemu Harimau Selatan, segala keringat dua ratus peratus pasukan lawan akan kerahkan, yang mana sebelum ini antibodi asyik sering tiada dalam badan, bila bertemu JDT tiba-tiba jadi pahlawan. Bersungguh-sungguh mereka beraksi, supaya merah biru pudar dalam kokurensi.
"Kita seri!"
Mungkin perkara ini tidak berapa digemari oleh kebanyakan penyokong kita sendiri. Bagai dentuman Asteroid Apophis tiba-tiba merempuh perisai dalam diri. Akibat terlalu mengharapkan kemenangan setiap kali perlawanan, emosi kita semua mula menjadi kacau tidak keruan, kata sinis dan limerik menjadi lirik isoritma, ditambah harmoni bilamana muncul agitator penambah perisa percuma.
Sudah dijangka, semua ini saban tahun menjadi naratif. Perasaan marah, kecewa, sakit hati, suka dan duka seringkali akumulatif. Hati dijangkiti inflamasi jika tidak menurut kata imperatif, malah tiada kompromi tiga mata penuh penyokong miltasi jadi adiktif.
"Tak mengapa kecewa"
Hakikatnya, tidak mengapa jika kita hendak kecewa, tapi jangan sampai terjadi pancakara, biar kecewa itu hanya singgah untuk sebentar, selepas itu segera korektif lalu pandu ke jalan sebenar.
Harus sentiasa diingat janji korelasi trilateral, bahawa Tunku bina empayar ini dengan bertunjangkan tali persaudaraan dalam struktural. Rantaian yang kekal sentiasa bercambah progresif juga optimal. Sampai akhir hayat tetaplah cantik adikuasa integral.
Definisi keluarga dalam konteks Keluarga JDT amat terorganisasi. Penyatuan yang wujud dan saling berhubungan tiada isolasi. Ranting yang saling bercantum di pokok berakar tunjang. Sekiranya patah salah satu ranting, maka keluarga ini akan goyang. Hakikatnya, pengurusan, jurulatih, pemain dan penyokong saling memerlukan, ini realiti, tiada siapa dapat memisahkan.
"Bangkit jangan tunduk"
Jika ada kesilapan, sama-sama kita perbetulkan, jika ada yang jatuh, sama-sama kita tolong bangunkan, Jangan terlalu kita leka dengan mencari kesalahan, hingga tidak sedar kita corak garis lengkung kekecewaan.
Jurulatih dan pemain manusia normal, yang mempunyai rasa kecil hati, masygul dalam emosional. Hanya kepada penyokong tempat terakhir untuk mengadu, pilihan terbaik untuk semangat Harimau Selatan kembali diseru.
Kita belum kalah, kita masih tidak kalah, jangan kerana hanya mendapat satu mata, kita mula menggelabah resah gelisah, sebaliknya perlawanan menentang Si Penyu ini kita anggap sebagai jam randik untuk kesedaran, pemain dan jurulatih harus akur segala pandangan, manakala penyokong berlapang dada terima segala keputusan, segala teguran sama-sama kita jadikan sebagai pedoman.
Akhir kalam,
Perkara yang baik tentang kehidupan adalah apabila ada perkara yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan, dengan itu, kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki setiap kesalahan.
"Yang kurang cerdik akan terus ketawa, manakala yang cerdik akan berusaha untuk terus bernyawa".
Tenang sayang, janganlah merungut.
"Jadi nasihat saya adalah sentiasa memberi tumpuan kepada perkara yang positif dan mengabaikan perkara yang negatif. Sentiasa ingat dalam kehidupan, ia tidak akan sentiasa hujan selama-lamanya. Dalam setiap malam yang gelap akan muncul hari yang terang, jadi terus pandang ke hadapan dan sentiasa senyum Keluarga JDT ku" - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan