Tahniah JDT II !
Nico Fernandez, pemain import Johor Darul Ta’zim II (JDTII) memastikan JDTII meraih kemenangan malam ini sebentar tadi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kemenangan itu merupakan kemenangan ketiga berturut-turut JDT II dalam Liga Perdana 2019 apabila meledak gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.
Foto : The Photoshooterz
Jaringan Nico pada minit ke-90 perlawanan itu menyaksikan JDT II mengatasi pasukan Perlis 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang sekali gus kekal di puncak liga dengan rekod 100 peratus.
Jaringan terikat 0-0 tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama. Pasukan tuan rumah memecah kebuntuan apabila sepakan Bruno Soares menemui sasaran pada minit ke-72 menjdikan kedudukan 1-0.
Walau bagaimanapun, Perlis di bawah kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat apabila rembatan kencang penain import dari Perancis, Kevin Osei menerjah jaring menjadikan kedua-du pasukan kembali terikat.
Perlis, seperti yang diketahui unum, dibelenggu masalah tunggakan gaji, mengancam seawal minit ke-15 apabila sepakan percuma bekas penyerang kebangsaan Safee Sali terkena palang penjuru kiri gol.
Foto : The Photoshooterz
Kemenangan JDT II itu membolehkan JDT II mengungguli Liga Perdana dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan diikuti UiTM FC di tangga kedua dengan enam mata.
Terengganu FC II, yang beraksi dua perlawanan, di tangga ketiga dengan enam mata.
Ulasan
Catat Ulasan