SHUKOR ADAN MAHU RAKAN SEPASUKAN TUMBANGKAN JDT DI LARKIN

Shukor Adan Mahu Rakan Sepasukan Tumbangkan JDT Di Larkin

Shukor Adan, kapten pasukan Melaka United (MU), mahu rakan sepasukannya beraksi cemerlang apabila berdepan dengan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), juara Liga Super lima kali berturut-turut di Larkin Sabtu ini.

Beliau yakin gandingan padu Melaka United mampu menggegar Stadium Larkin walaupun tahu JDT akan bertindak agresif untuk menafikan impian MU mengutip mata penuh nanti.
“Walaupun skuad JDT tampil dengan corak permainan berbeza berbanding sebelum ini, ia bukan halangan buat skuad Hang Tuah daripada terus memberikan cabaran.
“Corak permainan MU juga berbeza kali ini, yang penting pasukan yang kurang melakukan kesilapan berpeluang mencipta kemenangan,” kata Shukor Adan.
Shukor yakin dengan corak tersusun rakan sepasukan dan disiplin yang tinggi mampu mempersembahkan permainan yang berkualiti sepanjang 90 minit perlawanan Sabtu ini. Melaka United bermain dengan cemerlang dalam 3 perlawanan Liga Super sebelum ini.
Dalam 3 perlawanan sebelum ini, Melaka Berjaya menewaskan Petaling Jaya FC 2-1 dan PKNS FC 1-0 di Shah Alam sementara seri dengan Pahang pada perlawanan minggu lepas 1-1. Melaka United menduduki tangga ke-4 dengan mengutip 7 mata bersama-sama dengan 3 pasukan di atasnya.
Beberapa pemain bekas JDT seperti Safiq Rahim, R Gopinathan dan Nazrin Nawi antara senjata ampuh untuk mengimbangi kekuatan pasukan JDT kerana mereka pernah beraksi bersama skuad JDT dan serba sedikit tahu corak permainan JDT. Pengalaman mereka itu amat diharapkan untuk menyaingi JDT.
Shukor Adan sememangnya mengimpikan tiga mata di gelanggang lawan serta menuntut aksi kesemua rakan sepasukan untuk tampil berjuang habis-habisan bagi merealisasikan impian berkenaan.
Sementara itu, JDT pula tidak mahu melepaskan peluang bermain di laman sendiri mengutip mata penuh selepas mereka diikat oleh Terengganu FC 2-2 minggu lepas. Dalam perlawanan tersebut JDT terlepas peluang mengutip mata penuh apabila TFC berjaya menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan.
Kemenangan JDT malam esok amat diperlukan agar kekal berada di kelompok atas Liga Super 2019. JDT berada di tangga ke-3 di bawah Kedah dan Pahang. Bagaimana pun empat pasukan teratas mempunyai mata yang sama (7 mata) dan dipisahkan oleh beza jaringan sahaja.


Info Grafik : BBST15

Antara perlawanan penting minggu ini bagi mengekalkan kedudukan kelompok atas liga adalah :
22.02.2018 : 
Petaling Jaya BC vs Kedah
23.02.2019 : 
JDT vs Melaka United
24.02.2019 :
Pahang vs Selangor
Kredit Foto : Melaka United (MUSA)

Ulasan