B Sathianathan, pengendali Selangor, memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh pemainnya yang berjaya mengawal tekanan untuk mengutip satu mata di Kuantan selepas seri 1-1 dengan Pahang Ahad lepas.
Beliau berpuas hati dengan persembahan terbaik yang dipamerkan semua pemain terutama kapten pasukan, Rufino Segovia. Rufino menjadi nadi utama skuad Red Giants dalam perlawanan tersebut.
Namun, Sathianathan berkata, skuadnya tidak boleh berbangga dengan pencapaian itu kerana bakal berdepan saingan getir apabila bertemu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.
Sehingga empat perlawanan awal Liga Super Malaysia 2019, Selangor masih gagal mencatat sebarang kemenangan dan hanya mengutip 3 mata melalui 3 seri dan 1 kekalahan.
B. Sathianathan turut berkata jika Selangor tidak beraksi dengan baik, ia akan kembali memberi tekanan kepada skuadnya.
“Oleh itu, saya harap pemain dapat meningkatkan prestasi mereka kerana JDT sudah pasti mahu meneruskan rentak cemerlang mereka,” kata B. Sathianathan menurut laporan dari Berita Harian.
Perlawanan Jumaat ini di laman sendiri bertemu JDT perlu digunakan sepenuhnya oleh Selangor bagi menghidupkan saingan liga musim ini.
Selangor menduduki tangga kelapan selepas empat perlawanan tanpa kemenangan.
Sementara itu, JDT juga turut inginkan kemenangan untuk mengekalkan kedudukan di tangga kedua liga di bawah Kedah dan seterusnya memberi tekanan kepada Kedah. JDT dan Kedah berkongsi 10 mata hanya dipisahkan oleh beza jaringan sahaja.
Perlawanan Jumaat ini di Stadium Shah Alam menentang Selangor juga boleh dianggap perlawanan ujian terakhir JDT atau pemanas badan sebelum bertemu Kashima Antlers di Jepun pada Selasa, 05 Mac 2019.
Natxo Insa dan Mauricio Nascimento dijangka dapat diturunkan pada perlawanan menentang The Red Giants. Kedua-dua penain itu tidak disenaraikan dalam perlawanan Sabtu lepas menentang Melaka United berikutan yang mereka alami.
Bagi Natxo Insa pula, beliau memulakan musim ini dengan langkah yang kurang bernasib baik kerana hanya dapat beraksi dalam perlawanan pertama menentang Perak. Beliau terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada separuh masa pertama.
Disebalik kecederaan itu, Afiq Fazail pula mendapat peluang beraksi dalam perlawanan seterusnya.
Diharapkan JDT dapat menurunkan kesebelasan utama terbaik menjelang pertemuan dengan Selangor dan Kashima Antlers.
Perlawanan JDT berikutnya :
01 Mac – LS5 : Selangor vs JDT
05 Mac – ACL MD1 : Kashima Antlers vs JDT
09 Mac – LS6 : JDT vs PKNP
12 Mac – ACL MD2 : JDT vs Gyeongnam
31 Mac – LS6 : Kedah vs JDT
05 Mac – ACL MD1 : Kashima Antlers vs JDT
09 Mac – LS6 : JDT vs PKNP
12 Mac – ACL MD2 : JDT vs Gyeongnam
31 Mac – LS6 : Kedah vs JDT
Ulasan
Catat Ulasan