SEJARAH LAGENDA BOLA SEPAK PORTUGAL, LUIS FIGO BERSAMA DI STADIUM LARKIN

Sejarah Lagenda Bola Sepak Portugal, Luis Figo Bersama Di Stadium Larkin

Satu sejarah tercipta apabila lagenda bola sepak Real Madrid dan Portugal, Luis Figo turut bersama DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2019 di Stadium Larkin semalam. Beliau juga turut bersama pemain JDT ketika majlis penyampaian trofi Piala Sumbangsih itu.
Satu penghormatan dan kebanggaan kelab Johor Darul Ta’zim apabila seorang lagenda seperti Luis Figo turut meluangkan masa bersama malam itu.

Foto : The Photoshooterz

Kehadiran beliau juga turut dimuat naik oleh Luis Figo dalam akaun instagram beliau sendiri.
“Gembira bertemu teman saya dan tahniah kerana menjulang trofi” kata Luis Figo dalam instagram beliau yang ditujukan kepada DYAM TMJ.

Sebelum ini, Luis Figo turut menggemparkan peminat bola sepak JDT dan Malaysia apabila beliau muncul dalam video pelancaran jersi baharu JDT musim 2019 ini di akhir video tersebut. Tidak disangka beliau sendiri menjadi tetamu kehormat dalam perlawanan bersejarah itu malam tadi.


Foto : The Photoshooterz

Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya menewaskan pasukan Perak 1-0 dan seterusnya menjuarai Piala Sumbangsih 2019. Perlawanan yang penuh kemeriahan itu turut disaksikan oleh seramai 22,150 orang penyokong yang membanjiri Stadium Larkin.

Ulasan