SAYA TIDAK PERNAH MELIHAT TERENGGANU BERAKSI SEBAIK ITU – TMJ
Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-3 di Kuala Terengganu antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkesudahan seri 2-2. JDT hanya mampu membawa pulang satu mata sahaja. Gol di minit-minit akhir perlawanan mengecewakan JDT.
Namun, bagi pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), menganggap pemenang perlawanan tersebut adalah TFC dan baginda tidak pernah melihat TFC beraksi sebaik itu malam itu. Tidak seperti perlawanan ketika TFC menentang PKNS dan Pahang.
“Saya tidak pernah melihat Terengganu beraksi sebaik itu.” Kata baginda melalui akaun facebook rasmi Johor Southern Tigers.
“Pemain JDT perlu bersedia dan perlu memahami bahawa setiap pasukan akan beraksi biasa-biasa sahaja antara satu sama lain tetapi sebaliknya ketika menentang kami, di mana mereka akan memberikan 200% seolah-olah ia adalah perlawanan akhir.
Begitu juga dengan pengendali JDT, Luciano Figueroa yang beranggapan pasukan TFC bermain dengan 200 peratus kesungguhan untuk memenangi perlawanan malam itu.
DYAM TMJ juga turut berkata dan menerima hakikat bahawa JDT menentang semua orang dan semua pasukan kerana mereka semua cuba menghalang JDT daripada menguasai bola sepak Negara.
“Kita mesti faham dan terima hakikat bahawa kita menentang semua orang dan semua orang menentang kita, untuk cuba menghentikan dominasi kita. Jika pemain JDT tidak bersedia dari segi psikologi untuk memahami fakta ini, kami akan menghadapi masalah.” Kata DYAM TMJ
Namun baginda tetap yakin bahawa pasukan JDT akan bertambah baik selepas ini. “Saya yakin pasukan akan ‘improve’.”
“Setiap tahun kami menghadapi kesukaran pada awal musim tetapi sentiasa terdapat sinar cahaya di penghujung jalan.
Baginda turut menegaskan, JDT perlu terus bekerja keras dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Perkara seperti itu sememangnya berlaku setiap musim namun di akhir musim JDT tetap Berjaya.
“Kami akan terus bergelut dengan kesukaran, dan dijangka lebih banyak kesukaran lagi tahun ini.
Pada pendapat DYAM TMJ, ia disebabkan oleh sasaran mereka yang mudah iaitu memberikan dan menumpukan segalanya jika menentang JDT dan tidak apabila menentang sesama mereka yang lain.
Namun ia tidak sedikit menggusarkan baginda malah ia akan terus dihadapi walau apa rintangan yang dihadapi ketika melawan setiap pasukan.
“Ini adalah perkara yang perlu anda atasi apabila menjadi sebuah kelab yang berjaya. Setiap kelab yang berjaya di dunia juga menghadapi cabaran dan masalah yang sama.
Sehingga minggu ketiga Liga Super 2019, JDT berada di tangga ke-3 di bawah Kedah dan Pahang. Kedah, Pahang, JDT dan Melaka United mengutip mata yang sama, 7 mata, namun dibezakan dengan perbezaan jaringan gol.
Pada minggu ke-4, 23 Februari ini, JDT akan menanti kedatangan pasukan Melaka United di Stadium Larkin. Perlawanan ini mempunyai kesan pada kedudukan carta ketika itu. Manakala Pahang akan bertemu Selangor di Kuantan dan Petaling Jaya BC menerima kunjungan pendahulu liga, Kedah.
Sumber : Johor Southern Tigers
Ulasan
Catat Ulasan