Muhammad Ilham Amirullah Razali atau nama panggilannya Ang, berkata, dia tidak gentar dengan reputasi skuad Harimau Selatan itu. Sebaliknya beliau teruja biar pun skuad JDT itu dibarisi pemain handal belaka.
Mengikut laporan akhbar Berita Harian, Ang bersedia berdepan ‘peluru’ daripada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Muhammad Ilham adalah seorang penjaga gol muda Terengganu FC (TFC) dan bekas penjaga gol Negeri Sembilan musim lalu kelahiran Dungun.
JDT dan TFC akan beraksi dalam perlawanan ketiga saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat ini.
“Jika diberi tugas sebagai penjaga gol utama oleh jurulatih bertemu JDT nanti, saya sudah bersedia memikul amanah itu dengan sebaik mungkin sebagaimana ketika turun sebagai pemain gantian bertemu Pahang Sabtu lalu.
“Selain tidak mahu pintu gol dibolosi oleh penyerang skuad JDT itu, saya berazam untuk membantu pasukan mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga kerana sasaran kami adalah tiga mata di tempat sendiri.
“Walaupun misi itu diakui perit memandangkan skuad JDT memiliki motivasi tinggi selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut, tapi dalam bola sepak apa-apa pun boleh berlaku dan TFC sudah buktikan pada musim lalu,” kata Ilham yang menagih peranan itu.
Mengikut rekod musim lalu, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu tewas 0-1 di laman sendiri dalam aksi Liga Super, namun dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, TFC membalas dendam dengan kemenangan 1-0 di Kuala Terengganu hasil jaringan Malik Matt Ariff.
Ilham bagaimana pun menepis dakwaan beliau berasa gugup ketika berdepan penyerang skuad Tok Gajah. Ketika itu TFC tewas di tangan Pahang 0-3 di Stadium Makmur, Kuantan.
“Saya masih OK, tidak gugup, lagi pun pengalaman yang dikutip ketika menyarung jersi pasukan T-Team, FELDA United dan Harimau Muda begitu berharga serta bermakna buat saya untuk beraksi lebih baik di benteng terakhir,” kata Ilham
Terengganu FC vs Johor DT : 15.02.2019 – Jumaat – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah – 9.00 Malam
Kredit Foto : Terengganu FC
Ulasan
Catat Ulasan