SAUL NIGUEZ TURUT SAKSIKAN ABANGNYA BERMAIN DALAM PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH

Saul Niguez Turut Saksikan Abangnya Bermain dalam Perlawanan Piala Sumbangsih

Tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim yang berjaya merangkul Piala Sumbangsih 2019 setelah menewaskan Perak 1-0. Piala Sumbangsih pada musim ini merupakan Piala Sumbangsih ke-4 yang Berjaya dijuarai oleh JDT iaitu pada tahun 2015, 2016, 2018 dan 2019.
Perlawanan pada malam semalam itu juga merupakan penampilan sulong beberapa pemain baharu JDT seperti Aaron Niguez, Mauricio Nascimento, Diogo Santo dan Akhyar Rashid. Penampilan pertama mereka turut memenangi Piala Sumbangsih sungguh bermakna buat mereka.

Di samping itu perlawanan malam tadi juga turut disaksikan secara ‘live’ oleh adik kepada Aaron Niguez melalui live streaming. Saul Niguez memuat naik gambar tontonan secara langsung itu melalui akaun instagram beliau dengan kata-kata semangat kepada abangnya “vamos@aaronniguez”.
Adik Aaron, Saul Niguez adalah seorang pemain tengah Atletico Madrid yang tidak asing lagi berusia 24 tahun. Beliau sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Aaron Niguez berkaitan perpindahannye ke kelab Johor Darul Ta’zim.

Foto : The Photoshooterz

Aaron Niguez merupakan seorang pemain yang terhasil dari Akademi Valencia dan bermain di posisi ‘false-9’ yang juga bermain sebagai pemain tengah serangan (attacking midmielder). Beliau juga turut dan pernah dinamakan sebagai antara 50 pemain remaja terbaik oleh majalah ‘World Soccer Magazine’ sekitar 2007.

Ulasan