Datuk Ong Kim Swee, ketua jurulatih Malaysia B-23, telah mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula Ahad ini (10 Februari).
Mereka yang terpilih bagi menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja dari 17 hingga 26 Februari 2019.
Berikut adalah senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Muda :
Berpandukan senarai pemain di atas, seramai 15 pemain dari skuad 23 pemain ke Bangkok, Thailand menjalani tiga perlawanan persahabatan antarabangsa pada Januari lalu telah dikekalkan oleh Ong Kim Swee. Ini bermakna baki lapan pemain telah digugurkan.
Kim Swee telah menyenaraikan 11 pemain baharu sebagai ganti yang terdiri daripada penjaga gol, Haziq Nadzli dan Dominic Tan (Johor Darul Ta’zim), R. Dinesh dan Faisal Abdul Halim (Pahang), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir (Felda United), Syahmi Safari (Selangor), Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur), Ariusdius Jais (Sabah), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama) dan Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC).
Haziq Nadzli, Dominic Tan, Faisal, Syahmi dan Hadi merupakan anggota skuad B-23 kebangsaan pada Sukan Asia 2018 di Indonesia manakala Ariff, Ariusdius dan Izzan dipanggil pada kem latihan pusat bulan lalu tetapi tidak dibawa ke Bangkok berikutan faktor kecederaan.
Dua penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid tidak terpilih untuk menyertai kejohanan kali ini walaupun mereka turut bersama skuad Sukan Asia pada tahun lalu,
Datuk Ong Kim Swee bakal memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan dibawa ke Phnom Penh, Kemboja selepas melakukan latihan lima hari di Wisma FAM. Mereka akan merebut trofi Kejuaraan B-22 AFF 2019.
Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari). Kenudinnya bertemu Myanmar (22 Februari).
Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari. Perlawanan final pula dijadual pada 26 Februari 2019. Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, Phnom Penh.
Ulasan
Catat Ulasan