Apa pun alasan penganjur, kami percaya mereka mempunyai sebab munasabah untuk berbuat demikian. Lebih daripada itu, tiga mata turut menjadi taruhan buat dua juara- JDT selaku juara Liga Super, dan Perak sebagai juara Piala Malaysia.
Johor Darul Ta’zim FC
Lima kali juara Liga Super Malaysia bermakna ini adalah penampilan kelima secara berturut-turut oleh kelab bola sepak dari selatan tanah air ini di perlawanan Piala Sumbangsih sejak lima musim yang lalu. Daripada empat penampilan sebelum ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai pemenang sebanyak tiga kali, termasuk melalui penentuan sepakan penalti menentang Selangor pada 2016.
Anda mungkin naif jika percaya akan kenyataan pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) bahawa JDT adalah kelab berstatus ‘underdog’ – jika profail pemain baharu dan pelaburan oleh kelab itu sebelum sepak mula musim ini diambil kira.
Dua pemain muda, Akhyar Rashid dan Syazwan Andik dilihat lebih daripada sebagai pelaburan untuk masa depan. Hakikatnya kedua-dua pemain mempunyai kualiti untuk berada di dalam mana-mana kesebelasan utama pasukan Liga Super.
Dua pemain muda, Akhyar Rashid dan Syazwan Andik dilihat lebih daripada sebagai pelaburan untuk masa depan. Hakikatnya kedua-dua pemain mempunyai kualiti untuk berada di dalam mana-mana kesebelasan utama pasukan Liga Super.
JDT pada musim ini turut diperkuatkan dengan tiga tonggak import baharu sebagai tambahan kepada Harris Harun dan Gonzalo Cabrera yang dikekalkan. Bekas penyerang Buriram United, Diogo Santo tampil sebagai antara penyerang paling prolifik di rantau ini. Pemain sayap, Aaron Niguez yang merupakan saudara kandung kepada bintang Atletico Madrid, Saul Niguez juga mempunyai pengalaman luas bersama kelab-kelab serata eropah seperti Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo. Manakala Mauricio Dos Santos adalah bekas bek kental Lazio yang dilihat akan mengisi posisi di bahagian pertahanan yang ditinggalkan oleh Marcos Antonio.
Perak TBG
Perak TBG bermula dengan agak bercelaru dengan pertukaran tampuk pengurusan dan isu luar padang. Namun ia tidak menghalang juara Piala Malaysia musim lalu ini melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk musim ini. Tetapi itu adalah episod lalu yang harus dilupakan, dan kini skuad seladang harus terus memberi fokus kepada cabaran yang bakal menanti.
Perkara pertama dilakukan Perak ialah dengan mengekalkan khidmat Mehmet Durokovic sebagai pengendali. Kemudian Perak mengekalkan majoriti skuad mereka dari musim lalu, termasuk barisan pemain import sedia ada. Seperti JDT, Perak juga dilaporkan menjadi salah sebuah kelab yang berbelanja besar dengan bajet mencecah RM30 juta pada musim ini.
Tiga pemain yang dilepaskan ialah Nazrin Nawi yang memilih untuk menyertai Melaka United. Hafiz Kamal pula menyertai PKNP FC, manakala Nizad Ayub telah dilepaskan. Sebagai tambahan, Perak berjaya menambat pemain pertahanan tengah, Zac Anderson dari PKNS FC’ pemain sayap J. Parthiban dari Terengganu; dan Shahrel Fikri dari PKNP FC yang tiba secara pinjaman.
Tiga pemain yang dilepaskan ialah Nazrin Nawi yang memilih untuk menyertai Melaka United. Hafiz Kamal pula menyertai PKNP FC, manakala Nizad Ayub telah dilepaskan. Sebagai tambahan, Perak berjaya menambat pemain pertahanan tengah, Zac Anderson dari PKNS FC’ pemain sayap J. Parthiban dari Terengganu; dan Shahrel Fikri dari PKNP FC yang tiba secara pinjaman.
Pemain tumpuan
Selain daripada Diogo Santo, tumpuan di dalam skuad JDT juga harus tertumpu kepada pemain import dari Sepanyol, Aaron Niguez.
Pernah beraksi untuk skuad B-20 dan B-21 Sepanyol sebelum ini, Aaron Niguez boleh beraksi di beberapa posisi seperti penyerang, sayap kanan dan juga sayap kiri. Menariknya, JDT turut pernah mengklasifikasikan Aaron Niguez sebagai seorang penyerang baka false 9. Bagaimana Luciano Figueroa mahu pasukannya beraksi dan bagaimana peranan Niguez masih menjadi tanda tanya.
Lupakan gandingan dan impak pemain import di Perak. Sebaliknya kelibat pemain sayap, Firdaus Saiyadi wajar diberikan tumpuan. Tidak beraksi selama dua tahun bersama pasukan utama, Firdaus mendapat secara perlahan-lahan kembali mencuti perhatian Mehmet, dan membuktikan dirinya mampu menjadi ‘game changer’ sepertimana jaringan penyamaan oleh beliau di perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.
Lupakan gandingan dan impak pemain import di Perak. Sebaliknya kelibat pemain sayap, Firdaus Saiyadi wajar diberikan tumpuan. Tidak beraksi selama dua tahun bersama pasukan utama, Firdaus mendapat secara perlahan-lahan kembali mencuti perhatian Mehmet, dan membuktikan dirinya mampu menjadi ‘game changer’ sepertimana jaringan penyamaan oleh beliau di perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.
Pertembungan di bahagian tengah turut menjadi tumpuan dengan peranan Brendan Gan bersama Leandro bakal berhadapan gandingan Harris Harun dan Natxo Insa untuk menggerakkan jentera serangan pasukan masing-masing.
Berita pasukan
JDT mempunyai rekod unik yang ingin mereka terus kekalkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Kali terakhir JDT tewas di arena sendiri ialah pada Februari 2017, dan kini telah mencatatkan 19 kemenangan berturut-turut sejak dari itu.
Lebih menarik, pasukan pelawat tidak pernah mencatat kemenangan dalam aksi liga sejak 2013 di gelanggang keramat itu.Sehingga artikel ini ditulis, Luciano memaklumkan hanya Diogo yang mungkin terpaksa disisihkan akibat kecederaan.
Bagi kem skuad Seladang pulak, Gilmar Jose Da Silva sudah pasti tidak dapat diturunkan akibat pergantungan selepas menerima layangan kad merah di perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu. Shahrel Fikri juga dikhabarkan kurang cergas untuk diturukan, bermakna Mehmet perlu memikirkan formula lain untuk memastikan bahagian hadapan Perak todak tumpul.
Taktikal pasukan
JDT diramal akan terus menggunakan formasi 4-3-3 yang amat sesuai dengan corak serangan pantas, berdasarkan penguasaan dan pertukaran hantaran yang pantas. Jika Diogo tidak diturunkan, Aaron Niguez berkemungkinan besar akan bermula di bahagian tengah serangan bersama-sama Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid untuk memulakan perlawanan.
Kelebihan utama JDT ialah pada variasi serangan mereka yang pelbagai untuk mendapatkan jaringan. Selain dari permainan terbuka, JDT turut mampu mengancam dari segala bentuk set pieces yang diperolehi sepanjang perlawanan.
Perak pula berkemungkinan akan tampil dengan sistem dua pivot, dengan gandingan Brendan Gan dan Leandro mempunyai tugasan berat untuk mengunci jentera tengah JDT sekiranya mengimpikan Piala Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibawa balik ke Ipoh.
Tanpa kelibat Gilmar dan Shahrel yang turut dilaporkan kurang cegas, Wander Luiz berkemungkinan besar akan mengambil peranan sebagai penyerang utama pasukan. Gandingan Zac Anderson dan Shahrul Saad turut mempunyai tugasan berat berhadapan dengan rangkaian serangan JDT.
Rumusan
Tidak boleh dinafikan JDT berada di dalam kelas mereka tersendiri dari setiap sudut. Namun demikian Perak yakin mampu tampil lebih matang sebagai sebuah pasukan.
Satu perlawanan, dua pertaruhan. Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan tiga mata. Dua juara, JDT dan Perak, siapakah akan yang lebih berhak mendabik dada?
Ulasan
Catat Ulasan