PREVIEW LS4 JDT VS MU : PERLAWANAN MENARIK DUA PASUKAN EMPAT TERATAS LIGA

Preview LS4 JDT vs MU : Perlawanan Menarik Dua Pasukan Empat Teratas Liga

Perlawanan ke-4 Liga Super Malaysia 2019 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Melaka United (MU) menjanjikan satu perlawanan yang menarik malam esok.
JDT yang buat masa ini berada di tangga ke-3 menerima kunjungan Melaka United yang berasa di tangga ke-4 dalam carta liga. Kedua-dua pasukan itu mengutip 7 mata dan hanya dibezakan oleh perbezaan jaringan gol.
MU telah berjaya mengikat Pahang minggu lepas di Stadium Hang Jebat 1-1. Mereka berjaya menghalang Pahang dari mengutip mata penuh. Manakala JDT pula turut diikat oleh Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu.
Menurut laporan Berira Harian, yang turut menyiarkan pendapat bekas pemain kebangsaan, Azmil Azali, skuad Hang Tuah hadir dengan imej baharu dilihat mampu mengejutkan JDT jika barisan pertahanan tuan tumah sedikit alpa dalam tempoh 90 minit pertarungan. 
“Perancang utama MU yang juga bekas pemain JDT, Safiq Rahim bakal memberi masalah kepada tuan rumah menerusi kemampuannya untuk menguasai barisan tengah.” Kata Azmil, bekas pertahanan Johor.
Namun Azmil masih yakin JDT mampu menewaskan MU di Larkin menerusi sokongan padu penyokong setia yang sudah sebati dengan corak dan permainan JDT.
“Apapun, saya tetap mahu melihat persembahan menarik daripada kedua-dua pasukan menerusi serang balas pantas sekali gus menghiburkan penyokong kedua-dua pasukan,” tambah Azmil.
Menurur Azmil lagi, pertembungan malam esok pasti menarik apabila Velazquez akan bertembung dengan bekas kapten JDT, Safiq Rahim berikutan kedua-dua pemain itu pernah beraksi bersama dan membantu JDT menjulang kejuaraan Piala AFC pada musim 2015.
Melaka diperkuatkan oleh tiga bekas pemain JDT iaitu Safiq Rahim, R. Gopinathan dan Nazrin Nawi. Mereka itu dianggap senjata merbahaya MU menjadikan pertemuan malam rsok menjadi sengit dan menarik. 
Rekod pertemuan antara dia pasukan itu memihak kepada Harimau Selatan yang pernah menang 7-0 di Stadium Larkin pada 2017 bukan lagi satu kelebihan berikutan MU hadir dengan pasukan yang berbeza dan lebih garang.
Pasukan JDT dijangka menurunkan barisan terkuat mereka kerana tidak mampu lagi terxicir sebarang mata lagi di awal musim ini. Barisan kesebelasan utama mereka dijangka juga sama dengan perlawanan perrama dan kedua mereka.
Adam Nor Azlin berkemungkinan kembali beraksi di barisan pertahanan yang sebelum ini direhatkan pada perlawanan menentang TFC. Tempat Aaron Niguez yang telah dilepaskan oleh JDT, akan digantikan dengan Leandro yang akan membuat penampilan pertama malam esok. 
Gonzalo Cabrera dan Diogo Santo mendahului senarai penjaring JDT dengan 2 gol setakat ini manakala Safawi Rasid masih tercari-cari sentuhannya baru berjaya dengan 1 gol melalui sepakan penalti menentang TFC.
Selain Azrif Nasrulhaq dan Syafiq Ahmad turut mencatat sebagai penjaring masing-masing dengan 1 gol.
Perlawanan antara JDT dan MU akan disiarkan secara langsung di iflix
Kredit Foto : The Photoshooterz

Ulasan