Langkau ke kandungan utama

Preview LS3 Terengganu FC vs JDT – 15.02.2019 - Johor Sana Sini

Preview LS3 Terengganu FC vs JDT รข€“ 15.02.2019

Tidak sampai sejam lagi perlawanan minggu ke-3 Liga Super 2019 antara Terengganu FC melawan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bermula.
Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama JDT di tempat lawan. Sebelum ini kedua-dua perlawanan JDT berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. JDT memenangi kedua-dua perlawanan tersebut dengan mengalahkan Perak 1-0 dan Kuala Lumpur 4-1.
Perlawanan anta kedua-dua pasukan ini agak menarik dari berbagai segi.
Perebutan kejuaraan : JDT merupakan juara Liga Super 5 tahun berturut-turut dari 2014 hingga musim 2018, manakala TFC berjaya menyingkirkan JDT dalam saingan Piala Malaysia 2018 dalam separuh akhir. Dan seterusnya TFC mara ke final tetapi malangnya tewas di tangan Perak. Menjadi Naib Juara Piala Malaysia merupakan satu pencapaian terbaik TFC.
Kedudukan carta liga : JDT berada di tangga kedua di belakang Pahang dalam carta Liga Super 2019 sehingga dua perlawanan (minggu ke-2). Manakala TFC pula berada di tangga ke-11 (kedua terbawah), di atas Kuala Lumpur. JDT berjaya mengutip 6 mata penuh dan TFC baru hanya mengutip 1 mata sahaja.
Keputusan perlawanan : JDT belum pernah tewas, berjaya memenangi kedua-dua perlawanan liga, manakala TFC belum pernah menang dengan keputusan 1 seri dan 1 kalah. TFC berazam tinggi untuk memenangi perlawanan malam ini untuk kemenangan pertama mereka.
Jaringan : JDT telah mencipta sejumlah 5 gol dan bolos 1. TFC pula bolos 4 dan baru 1 gol dicipta semasa melawan PKNS FC.
Penjaring gol : 4 pemain JDT telah mencatat sebagai penjaring gol (Cabrera-2, Diogo, Syafiq Ahmad dan Hariss Harun). Malik pula menjadi penjaring tunggal TFC setakat ini hasil jaringan ketika menentang PKNS FC.
Sememangnya perlawanan sebentar lagi ini amat menarik dengan JDT memburu kemenangan ketiga berturut-turut dan seterusnya mahu meletakkan diri di atas carta liga. Bagi TFC pula mereka sudah tentu akan bermati-matian kerana mahu mencatat kemenangan pertama mereka dan seterusnya mahu mengelakkan diri berada di bawah carta liga.

Ulasan