Pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan pasukan Perak dalam Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan perlawanan liga pertama untuk kedua-dua pasukan musim ini.
Juara Liga Super musim lalu itu berjaya mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang dimenangi mereka musim lalu melalui jaringan yang dilakukan oleh pemain import mereka, Gonzalo Cabrerra pada separuh masa pertama permainan.
Berikut adalah Player Ratings berdasarkan persembahan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan pada malam ini:
Johor Darul Ta’zim
Pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan pasukan Perak dalam Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan perlawanan liga pertama untuk kedua-dua pasukan musim ini.
Juara Liga Super musim lalu itu berjaya mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang dimenangi mereka musim lalu melalui jaringan yang dilakukan oleh pemain import mereka, Gonzalo Cabrerra pada separuh masa pertama permainan.
Berikut adalah Player Ratings berdasarkan persembahan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan pada malam ini:
Johor Darul Ta’zim
Mauricio – 8/10
Menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki dengan baik dalam menghalang gerakan pemain-pemain Perak. Tidak terlalu banyak diuji dengan larian-larian pantas sekaligus sedikit sukar untuk menilai persembahan bekas pemain Lazio ini. Secara keseluruhannya, beraksi dengan baik.
Adam Nor Azlin – 8/10
Bermain dengan agak baik malam ini. Berjaya mematahkan gerakan-gerakan awal pemain lawan dan beberapa kali membantu gerakan serangan JDT. Turut melakukan terjahan kritikal di babak kedua permainan untuk menghalang Wander Luiz.
Azrif Nasrulhaq – 8/10
Kerap kali naik ke bahagian atas untuk turut serta dalam melakukan gerakan serangan bersama rakan-rakan. Azrif juga berjaya melakukan sepakan ke arah gol dan berjaya menunjukkan kematangan dalam permainan beliau berbanding musim-musim sebelum ini.
Corbin Ong – 9/10
Tidak saja kebal dalam bertahan, pemain ini juga turut terlibat secara langsung dalam memulakan serangan dari bahagian bawah dan berjaya membentuk persefahaman yang baik dengan pemain-pemain di bahagian serangan.
Hariss Harun – 8/10
Berjaya mengawal rentak perlawanan dengan baik malam ini samada bersama Natxo Insa ataupun Afiq Fazail. Berjaya menghalang barisan serangan pasukan Perak dari memasuki kawasan bahaya.
Natxo Insa – 8/10
Mempamerkan kelas yang berbeza daripada pemain-pemain lain di atas padang. Berjaya merantai pergerakan Wander Luiz dan juga Brendan Gan daripada melakukan hantaran pendek di kawasan tengah permainan sebelum dikeluarkan akibat kecederaan.
Afiq Fazail – 8/10
Berjaya mengisi ruang yang ditinggalkan Natxo dengan agak baik dan berjaya membentuk persefahaman yang baik dengan Hariss Harun di kawasan tengah permainan. Turut berjaya mematahkan gerakan pemain-pemain lawan daripada bertukar hantaran-hantaran pendek.
Gonzalo Cabrerra- 9/10
Bijak melakukan larian-larian pantas yang mengelirukan pemain-pemain pertahanan Perak. Menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi dan berjaya bermain dengan baik bersama Aaron Niguez dan Safawi Rasid di bahagian serangan.
Aaron Niguez – 8/10
Persembahan yang baik dipamerkan dalam perlawanan pertama di Liga Malaysia. Berjaya membuat beberapa gerakan menarik bersama Safawi dalam mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan. Keupayaannya untuk memahami cara permainan yang diamalkan oleh JDT dalam masa yang singkat adalah usaha yang harus dipuji.
Syafiq Ahmad – 7/10
Dilihat sedikit tenggelam pada perlawanan malam ini. Tiada gerakan-gerakan menarik yang dilakukan pemain ini berbanding rakan-rakan lain di bahagian serangan. Secara keseluruhannya, Syafiq dilihat masih ketinggalan dari sudut teknikal dan pergerakan jika dibandingkan dengan Safawi.
Safawi Rasid – 9/10
Menunjukkan permainan yang cemerlang malam ini. Berjaya melepaskan dua tendangan tepat ke arah Hafizul Hakim dan kerap kali cuba untuk membuka peluang kepada rakan-rakan. Persefahaman yang ditunjukkan oleh Safawi bersama Aaron dan Cabrerra juga menarik untuk disaksikan.
Pemain Gantian – Afiq Fazail, Diogo Santos, Akhyar Rashid
Perak
Hafizul Hakim (GK) – 7/10
Malam yang agak cemerlang buat penjaga gawang kebangsaan ini. Berjaya menyelamatkan dua rembatan kencang Safawi Rasid di separuh masa pertama dan banyak melakukan tampanan serta tekanan untuk mengelak pemain-pemain JDT menjaringkan lebih banyak gol.
Zac Anderson – 4/10
Sedikit kelam kabut dan gagal untuk mengawal pergerakan pemain JDT yang bergerak degan lebih laju. Beliau juga hampir-hampir membuka peluang kepada pemain lawan untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama apabila gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Shahrul Saad – 4/10
Sedikit leka dalam mengawal benteng terakhir dan gagal untuk memberikan arahan yang jelas kepada rakan-rakan dalam situasi bertahan. Turut terlibat secara tidak langsung dalam memberikan sepakan percuma dan melakukan foul di hadapan kawasan kotak penalti dan juga beberapa kali melakukan hantaran yang tidak menemui rakan sepasukan.
Nazirul Naim – 5/10
Agak sibuk terutama di separuh masa pertama apabila kerap ditekan oleh jentera serangan JDT. Beliau juga gagal menghalang pemain lawan daripada bertukar hantaran pendek di kawasan tepi padang seterusnya mengatur strategi. Malam yang sukar buat pemain ini terutama bila berhadapan dengan Safawi Rasid.
Amirul Azhan – 5/10
Terpaksa berhadapan dengan kelincahan Gonzalo Cabrerra dan juga Aaron Niguez untuk keseluruhan permainan. Walaupun gagal untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan bahaya,pemain ini melakukan tugas yang agak baik dalam menyerap asakan bertali arus pemain lawan terutama di separuh masa permainan.
Leandro – 4/10
Gagal untuk menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki dan gagal untuk mengawal jentera tengah JDT daripada melakukan hantaran ke kawasan bahaya. Dilihat kurang agressif berbanding perlawanan sebelum ini. Banyak melakukan kesilapan mudah dan kehilangan bola di kawasan tengah permainan.
Ulasan
Catat Ulasan