PENYOKONG JDT YANG UNIK – AARON NIGUEZ

PENYOKONG JDT YANG UNIK – AARON NIGUEZ

Penyokong JDT Yang Unik รข€“ Aaron Niguez

Selamat maju jaya kepada Aaron Niguez !
Itulah ucapan dan harapan dari kita kepada Aaron Niguez apabila pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan telah melepaskan beliau ke pasukan lain.
Apa sekali pun penyokong kena akur dengan keputusan kelab. Demi kebaikan kelab, beliau terpaksa diketepikan untuk mengharungi saingan liga yang lebih mencabar dilihat pada musim ini.
JDT mempunyai perancangan yang lain untuk meningkatkan pencapaian kelab di masa-masa akan datang.
Dalam akaun instagram Aaron mengucapkan penghargaan kepada pengurusan dan penyokong JDT. Sesuatu yang beliau tidak akan lupakan walaupun baru hanya mengharungi 3 perlawanan Liga Super.
“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang telah memberi sokongan kepada saya sepanjang saya bersama dengan JDT.” kata Aaron
Sepanjang 3 perlawanan, beliau telah turut menyumbang kejayaan JDT merangkul Piala Sumbangsih 2019, piala pertama JDT musim ini. Diturunkan bermain penuh masa menentang Perak berhasil menyumbang kemenangan sulong JDT.
“It has been a pleasure to be part of the JDT family.
Aaron begitu senang berada dan menjadi sebahagian dari keluarga JDT. Semoga segala yang baik akan dibawa bersama beliau ketika balik sana dan berada dengan pasukan baharu beliau.


Foto : The Photoshooterz

Aaron turut akui bahawa penyokong JDT adalah unik. Dua perlawanan di Stadium Larkin di hadapan purata 20,000 penyokong yang tidah henti memberi sokongan sudah cukup membuat Aaron teruja.
Tidak ketinggalan juga Aaron mengucapkan terima kasih kepada DYAM TMJ yang telah memberi peluang kepada bersama dengan keluarga JDT.
Tempat Aaron sebagai ganti, JDT telah membawa masuk bekas pemain JDT yang tidak asing lagi bagi kita apabila jaringan beliau telah membawa kejayaan JDT merangkul Piala AFC 2015 buat julung kalinya.
Good luck and all the best Aaron Niguez.
Layari https://johorsanasini.com untuk lebih banyak berita.

Ulasan