Langkau ke kandungan utama

Pahang terlepas peluang memintas JDT setelah seri 1-1 dengan Selangor. JDT kekal tangga kedua.



JDT KEKAL DI TANGGA KEDUA LIGA SUPER MINGGU KE 4


JDT Kekal Di Tangga Kedua Liga Super Minggu Ke 4

Perlawanan Liga Super telah selesai minggu keempat. Hanya satu perlawanan yang melibatkan Perak sahja tertunda kerana Perak terlibat dengan Liga Juara-Juara peringkat playoff.
Selepas perlawanan antara Pahang dan Selangor berkesudahan seri 1-1, impian Pahang kembali naik ke tangga kedua liga tidak tercapai. 
Pahang bukan setakat kerugian 2 mata malahan kehilangan seorang pemain, Goulon yang silayangknnkad merah pada minit ke-72 perlawanan.
Pahng terlebih dahulu mendapat gol pendahuluan melalui Wan Zaharulnizam pada minit ke 34 sebelum disamakan kedudukan oleh Segovia di minit ke 61.
Kekal mendahului carta Liga Super 2019 adalah pasukan Kedah yng mengutip 10 mata sama dengan JDT. JDT di tempat kedua apabila perbezaan jaringan tidak dapat mengatasi Kedah.
Namun perjalanan liga masih jauh lagi. Semua pasukan masih berpeluang dan boleh menjadi pencabar kuat.
Pahang turun satu anak tangga di tempat ke 3 dengan kutipan 8 mata diikuti dengan PKNS FC 7 mata.
01.02.2019 : Selangor vs JDT
Selangor bangkit semula dan bernasib baik dapat membawa pulang 1 mata. Selepas ini Selangor menunggu kedatangan JDT pada 01 Mac ini di Shah Alam.
JDT pula akan berlepas ke Jepun selepas perlawanan menentang Selangor untuk saingan Liga Juara Juara AFC 2019 Kumpulan E menentang Kashima Antlers yang dijadualkan pasa 05 Mac 2019.
Perlawanan minggu 5 melibatkan 2 tangga teratas :
01.03.2019 : Selangor vs JDT. 02.03.2019 : Kedah vs PKNS FC

Ulasan