Pahang kekal di tangga teratas Liga Super Malaysia 2019 dengan mengutip 3 mata penuh lagi malam ini selepas mengalahkan Terengganu FC 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Johor Darul Ta’zim (JDT) turun di tangga kedua walaupun mengalahkan pasukan Kuala Lumpur 4-1 semalam di Stadium Larkin.
JDT berada di tangga teratas liga satu hari semalam sebelum perlawanan Pahang dan Terengganu FC malam tadi.
Di tangga ketiga pula adalah Melaka United selepas merek berjaya menewaskan PKNS FC 1-0. Pahang, JDT dan Melaka United merupakan tiga pasukan yang belum lagi tewas selepas dua perlawanan pertama Liga Super 2019.
Ketiga-tiga pasukan itu berkongsi 3 mata, namun dipisahkan oleh jaringan gol. Hanya satu lagi perlawanan yang tinggal esok iaitu antara Felda United dan PKNP.
Perlawanan berikutnya bagi 3 pasukan teratas liga adalah :
15/02 : Terengganu FC vs JDT
16/02 : Melaka United vs Pahang
15/02 : Terengganu FC vs JDT
16/02 : Melaka United vs Pahang
Sebentar tadi Pahang dengan mudah mengalahkan Terengganu FC dengan jaringn 3-0. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme (13’), Herold Goulon (51’) dan Norshahrul Idlan Talaha (90’).
Skuad bimbingan Dollah Salleh tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi mereka, Dickson Nwakaeme. Beliau menyudahkan hantaran lintang Mohamadou Sumareh pada minit ke-12 perlawanan untuk mencatat gol pertama Pahang.
Neakaeme menjadi penjaring terbanyak Pahang setakat ini dengan 3 gol, manakala Gonzalo Cabrera yang merupakan penjaring terbanyak JDT dengan 2 gol melalui 2 perlawanan.
Dalam dua perlawanan lain malam ini, selangor hampir dimalukan oleh PJ City FC setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga akhir perlawanan. PJ City FC mendahului Selangor 1-0 pada minit ke-80 melalui sepakan penalti yang disudahkan oleh Pedro Henrique.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka pula Melaka United berjaya menewaskan PKNS FC dengan jaringan tunggal dari Safiq Rahim, bekas pemain JDT pada minit ke 24.
Melaka United bersama Pahang dan JDT berjaya mengekalkan rekod bersih kemenangan selepas 2 perlawanan Liga Super.
Ulasan
Catat Ulasan