MUSIM BARU, WAJAH BARU

MUSIM BARU, WAJAH BARU
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dalam persiapan musim baharu dan berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk memulakan kempen 2019, terdapat aura baharu di kelab - diatas padang dan di luar.
Di atas padang, Harimau Selatan akan menggunakan jersi baharu rekaan khas Nike serta aksi yang disajikan oleh para pemain yang baru ditandatangani seperti Mauricio dos Santos Nascimento, Aaron Niguez, Diogo Luis Santo, Akhyar Rashid dan Syazwan Andik Ishak.
Berdasarkan ulasan dari pengurus dan ketua jurulatih Luciano Figueroa serta pemilik DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, JDT telah memberikan petunjuk yang baik sewaktu pramusim 2019. Harimau Selatan, yang sudahpun memenangi Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, optimis untuk mempamerkan aksi yang lebih baik pada 2019.
Sains Sukan juga telah diberi penekanan yang lebih jitu dengan ketibaan saintis sukan Costas Rostandis dan peralatan baru seperti ‘Saliva Testing Kits’, ‘Super Inductive System’, ‘Hypervolt Vibration Massage Device’, ‘Hydrotheraphy Machine’ dan ‘Smartspeed System Gates’. JDT telah membelanjakan sebanyak RM1.4 juta untuk jabatan ini.
Sementara itu proses penambahbaikan, pengubahsuaian dan pengindahan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin serta Pusat Latihan Padang Seri Gelam turut dilakukan.
Perubahan-perubahan di kelab ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkat taraf Harimau Selatan menjelang penampilan pertama Liga Juara-Juara AFC pada bulan Mac. JDT membuka kempen domestik mereka menentang juara Piala Malaysia, Perak di Larkin pada hari Sabtu, 2 Februari 2019.
---
NEW SEASON, NEW LOOK
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are approaching a new season and just days to the start of the 2019 campaign, there is a new feel around the club - both on and off the pitch.
On the field, the Southern Tigers will be sporting new specially designed Nike jerseys and showcasing new signings such as Mauricio dos Santos Nascimento, Aaron Niguez, Diogo Luis Santo, Akhyar Rashid and Syazwan Andik Ishak.
Judging from the comments by manager and head coach Luciano Figueroa and owner HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor, JDT have shown promise and excitement during the 2019 preseason. The Southern Tigers, who are already five-time consecutive Malaysia Super League winners, are optimistic of producing better football in 2019.
Sports Science has been given greater emphasis following the arrival of sports scientist Costas Rostandis and new equipments such as Saliva Testing Kits, Super Inductive System, Hypervolt Vibration Massage Device, Hydrotheraphy Machine and Smartspeed System Gates. JDT have spent RM1.4million in this department.
Meanwhile repairs, refurbishment and beautification of the Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium in Larkin and the Padang Seri Gelam Training Centre were also carried out.
Changes at the club are also part of efforts to lift the profile of the Southern Tigers ahead of their AFC Champions League debut in March. JDT open their domestic campaign against Malaysia Cup winners Perak at Larkin on Saturday, 2 February 2019.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

Ulasan